Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Nasional (NHMS) 2019, mendapati penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease, NCD) adalah punca kematian utama di dunia dan juga di Malaysia.
Menurut hasil tinjauan itu, 67 peratus daripada kematian pramatang disebabkan NCD iaitu 3.9 juta orang rakyat Malaysia menghidap diabetes dan 6.4 juta orang mengalami hipertensi.
Tinjauan itu turut menganggarkan, 35 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia memiliki tahap literasi kesihatan yang terhad. Ini bermakna mereka mungkin kekurangan motivasi dan keupayaan untuk mengakses, memahami dan menggunakan maklumat untuk membantu mereka mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
Sejak Mac 2022, U Mobile telah bekerjasama dengan DoctorOnCall untuk membantu menangani isu ini melalui program Sistem Integrasi KeHidupan Antara Teknologi (SIHAT).
Berita berkaitan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2023:
- Memperkasakan masyarakat melalui teknologi maklumat
- Malaysia terus berusaha majukan pendigitalan
- Pemerkasaan komuniti menerusi teknologi digital
- Mewujudkan juara digital tempatan melalui Malaysia yang lebih terhubung
- Bantu bentuk komuniti digital inklusif
- REDtone memajukan masyarakat dengan infrastruktur dan perkhidmatan digital yang serba boleh
- Maklumat, teknologi digital mampu perkasa masyarakat
- Membina keterampilan literasi digital dengan Pakej MyKabel
- Merevolusikan Cloud Gaming dengan Yes 5G
Program selama 18 bulan ini, yang disokong oleh geran daripada inisiatif Qualcomm® Wireless Reach TM, bertujuan menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.
Program ini memanfaatkan peranti tanpa wayar Qualcomm dan rangkaian U Mobile untuk memberikan pengalaman pesakit yang positif dan lancar.
Sejak dilancarkan, SIHAT telah memanfaatkan hampir 100 warga Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas akibat diabetes dan hipertensi.
Menerusi program ini, peserta telah menerima khidmat rundingan yang kerap daripada panel pengamal perubatan bertauliah DoctorOnCall untuk menguruskan keadaan penyakit mereka.
Peserta terbabit juga menerima maklum balas berterusan mengenai cara mengawal tabiat pemakanan di mana pakar diet profesional dan doktor memantau tanda vital peserta dengan teliti melalui peranti perubatan yang terhubung secara tanpa wayar seperti pemantau tekanan darah dan glukometer.
Selain pengurusan penjagaan kesihatan jarak jauh, SIHAT dapat memberikan pemahaman lebih jelas mengenai faedah teleperubatan dan mengesyorkan cara untuk melaksanakan perkhidmatan ini pada skala lebih luas apabila program ini selesai.
Selain SIHAT, U Mobile berusaha untuk merapatkan jurang digital rakyat Malaysia melalui pelan 5G mampu milik serta mengambil bahagian dalam inisiatif seluruh industri seperti Pakej Perpaduan Mudah Alih.
U Mobile juga memperkasakan komuniti yang memerlukan dengan menyediakan akses ketersambungan supaya rakyat dapat meraih manfaat daripada ekonomi digital.
Sebagai contoh, U Mobile menyediakan kemudahan ketersambungan untuk SSK Centre (SSKC) di Kota Belud, sebuah pusat pembangunan belia yang dikendalikan oleh Yayasan Kemajuan Sosial Kota Belud.
Pusat ini menjalankan program dan aktiviti mingguan bagi membantu golongan belia berumur antara 17 dan 30 tahun meningkatkan kemahiran untuk peluang pekerjaan.
Daripada penjagaan kesihatan hingga peningkatan kemahiran untuk belia, U Mobile percaya kuasa ketersambungan mampu memperkasakan setiap lapisan masyarakat.