MERAKAM detik ketika percutian mahupun momen indah bersama keluarga dan teman-teman sudah menjadi satu kelaziman untuk generasi masa kini.
Ditambah dengan evolusi teknologi kamera telefon pintar, membuatkan ramai yang menginginkan peranti terbaik untuk mengabadikan detik manis mereka menerusi gambar serta video.
Antara ciri penting yang mendapat perhatian pengguna adalah kamera dengan prestasi cahaya rendah terbaik bagi membolehkan pengendalian lampu buatan sekai gus menghasilkan gambar yang jelas walaupun dalam keadaan malap.
Salah satu telefon pintar yang mempunyai kamera telefoto cahaya rendah terbaik pastinya dari jenama peneraju, HUAWEI P60 Pro.
Kamera telefoto cahaya rendah terbaik
Telefon pintar HUAWEI P60 Pro dilengkapi tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama pencahayaan ultra 48 megapiksel, kamera sudut ultra lebar 13 megapiksel dan kanta telefoto pencahayaan ultra 48 megapiksel.
Kombinasi tiga kamera ini menjadikan HUAWEI P60 Pro sebagai peranti telefoto cahaya malap terbaik dalam industri telefon pintar.
Telefon pintar ini turut mempunyai kamera hadapan 13 megapiksel sesuai untuk merakam swafoto menakjubkan walaupun dalam cahaya malap.
HUAWEI P60 Pro juga kini hadir dengan antara muka kamera yang dinaik taraf dengan cincin zum serba baharu dan menu pantas membolehkan pengguna mempunyai kawalan mudah pada kamera telefon.
Tampil keunikan berbeza
Hadir dalam warna Rococo Pearl dan hitam, variasi Rococo Pearl HUAWEI P60 Pro ini diinspirasikan oleh gaya Rococo yang wujud di Perancis pada abad ke-18.
Reka bentuk mutiara Rococo adalah yang pertama dalam industri dengan tekstur mutiara asli dan setiap peranti mempunyai tekstur berbeza, menjadikan setiap telefon pintar unik.
Skrin tahan lasak
Lebih mengagumkan, HUAWEI P60 Pro turut dilengkapi dengan kaca Kunlun yang menerima pensijilan rintangan kejatuhan kaca lima bintang pertama daripada SGS Switzerland menjadikan skrin peranti ini sepuluh kali lebih kuat berbanding kaca biasa.
Pengguna boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kos pembaikan yang mahal jika HUAWEI P60 Pro mereka terjatuh secara tidak sengaja.
Telefon pintar ini juga dilengkapi paparan Quad-curved yang mana setiap sudut siri HUAWEI P60 kini lebih bulat dan lembut di bahagian tepinya.
Ini dapat memberikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan selain memberikan pengguna
cengkaman lebih selesa dan pengalaman sentuhan yang tepat.
Pengecasan pantas
Peranti ini mempunyai bateri bersaiz 4815 mAh yang pastinya mencukupi untuk bertahan sepanjang hari.
Selain itu, HUAWEI P60 Pro juga menyokong teknologi SuperCharge 88W HUAWEI yang membolehkan pengguna mengecas bateri kepada 50 peratus dalam masa 10 minit sahaja.
Lebih menarik, pelbagai aplikasi kegemaran pengguna kini boleh dimuat turun dengan mudah menerusi AppGallery termasuk aplikasi Google.
Pratempah segera!
Dengan kamera prestasi cemerlang, reka bentuk unik, storan yang mencukupi serta hayat bateri yang panjang, HUAWEI P60 Pro sesuai untuk individu yang mahukan teknologi terbaik.
Buat anda yang sedang mencari telefon pintar baharu, pratempah HUAWEI P60 Pro mulai 11 Mei sehingga 19 Mei ini dari harga RM4,699 dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,560* di HUAWEI Experience Store serta RM1,460* menerusi HUAWEI Online.
Pratempahan boleh dibuat menerusi HUAWEI Experience Store, laman web rasmi HUAWEI, kedai rasmi HUAWEI di Shopee dan Lazada.
Pengguna juga boleh pratempah HUAWEI P60 Pro dari rakan kongsi yang sah seperti Senheng dan senQ.