Jumaat, 28 April 2023 | 1:39pm
HONOR Magic Vs dijual pada harga RM5,999, manakala Magic5 RM3,499.
HONOR Magic Vs dijual pada harga RM5,999, manakala Magic5 RM3,499.

HONOR Magic Vs, Magic5 ditawarkan ke pasaran Malaysia

KUALA LUMPUR: HONOR Magic Vs dan Magic5 mula dijual hari ini selepas dilancarkan pada awal April.

HONOR Magic Vs ditawarkan pada harga RM5,999 (12+512GB) dan pembeli akan membawa pulang hadiah bernilai lebih RM1,200 termasuk lanjutan jaminan 1-tahun dan perlindungan skrin retak 180 hari.

Lebih menarik, HONOR Magic Vs adalah telefon pintar pertama dan juga satu-satunya di Malaysia yang menawarkan khidmat penggantian dua skrin retak percuma selama 180 hari.

Bagi pengguna yang memilih HONOR Magic5 pula, peranti ini dijual pada harga RM3,499 dengan hadiah percuma bernilai lebih RM700, termasuk HONOR Choice Portable Bluetooth Speaker, jaminan lanjutan 1-tahun, dan perlindungan skrin retak 180 hari.

Selain itu, pembeli juga ditawarkan dengan pelan ansuran faedah sifar peratus sehingga 24 bulan, dengan harga antara RM4.80 sehari hingga RM5.88 sehari.

Pakej itu tersedia untuk HONOR Magic5 Pro, HONOR Magic Vs dan HONOR Magic5.

Berita Harian X