KUALA LUMPUR: Pemacu pengeluar telefon pintar jenama terkemuka, HONOR, terus komited dalam memberikan pengalaman penggunaan peranti pintar terbaik buat penyokong mereka.
Terbaharu, jenama ini melancarkan telefon pintar berkuasa tinggi keluaran mereka melalui siri HONOR Magic5 Pro.
Mempertaruhkan tiga model utama dari siri ini iaitu HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs, kesemua peranti ini menggabungkan beberapa ciri utama bagi memberi kepuasan kepada pengguna.
HONOR Magic5 Pro tiada tandingan
Peranti HONOR Magic5 Pro serba canggih ini dianggap sebagai bintang baharu keluaran HONOR apabila berjaya mencuri tumpuan peminat gajet sejak mula diperkenalkan di Malaysia baru-baru ini.
Selain dibina dengan pelbagai ciri inovatif, HONOR Magic5 Pro turut mengungguli pasaran peranti pintar Malaysia dengan nisbah prestasi harga yang tiada tandingannya untuk telefon pintar kategori mewah.
Menggabungkan ciri-ciri moden dan teknologi terkini, peranti ini memiliki jangka hayat bateri yang tahan lama, paparan skrin menakjubkan dan keupayaan kamera luar biasa iaitu Milisecond Falcon Capture serta Vivid Display With Care.
Ciri-ciri unggul ini melayakkan HONOR Magic5 Pro diiktiraf sebagai peranti Terbaik MWC 2023 oleh media antarabangsa dan bersedia membawa telefon pintar kelas perdana ke satu tahap yang lebih baik.
Didatangkan dengan storan dalaman 12+512GB, HONOR Magic5 Pro kini boleh didapati di kedai rasmi HONOR bermula 14 April di seluruh negara dengan harga bermula RM4,299.
Bagi HONOR Magic5 versi storan standard 12+256GB dan HONOR Magic Vs pula akan tersedia untuk pembelian bermula 28 April pada harga RM3,499 dan RM5,999.
Untuk rekod, lebih daripada 70 peratus kedai HONOR melaporkan HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs habis dijual semasa tempoh pratempah berlangsung.
Bagi setiap pembelian, HONOR menawarkan hadiah percuma bernilai lebih RM800 seperti HONOR CHOICE Portable Bluetooth Speaker, jaminan lanjutan satu tahun dan perlindungan skrin sehingga 180 hari.
Anda kini boleh mendapatkan HONOR Magic5 Pro menerusi pelbagai saluran termasuk laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Store, pengedar sah HONOR, Senheng, SenQ, COURTS, Harvey Norman dan Urban Republic.
Kerjasama dengan syarikat telekomunikasi
Selaras dengan pelancaran jualan HONOR Magic5 Pro, HONOR juga turut bekerjasama dengan Maxis, Digi dan Celcom bagi menawarkan pelan pascabayar terbaik serta pemilikan peranti ini.
Digi turut menawarkan pelan Digi PhoneFreedom 365 dengan harga serendah RM66 sebulan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan pascabayar Digi HONOR Magic5 Pro, klik sini.
Kerjasama dengan Enrich Malaysia Airlines
Bagi menghargai pelanggan, HONOR turut mengumumkan kolaborasi dengan Enrich Malaysia Airlines bagi menawarkan 7,000 mata ganjaran Enrich kepada pembeli Siri HONOR Magic bertuah.
Mata ganjaran ini boleh ditebus bagi akses ke ruang istirahat mewah Malaysia Airlines Golden Lounge atau untuk penerbangan domestik bersama Malaysia Airlines.
Seramai 320 pembeli akan dipilih sebagai pemenang dan mereka berpeluang menikmati pengalaman hospitaliti dan perjalanan premium di Golden Lounge sebelum berlepas atau transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ikuti langkah dibawah bagi menyertai peraduan ini:
- Ambil gambar atau video HONOR Magic5 Pro, HONOR Magic5 atau HONOR Magic Vs.
- Tag dua rakan anda pada hantaran tersebut dan pastikan akaun anda dibuka kepada umum.
- Kongsikan pengalaman menarik anda menggunakan mana-mana peranti dari siri HONOR Magic5 dan letakkan tanda pagar #HONORMagicSeriesEnrich.
Maklumat lanjut mengenai Siri HONOR Magic5 dan lain-lain promosi, ikuti Facebook HONOR Malaysia dan laman rasmi di https://bit.ly/HONORDualFlagshipBH.