Jumaat, 14 April 2023 | 4:56pm

Honor Magic5 Pro kini tersedia pada harga RM4,299

KUALA LUMPUR: Pengeluar telefon pintar, Honor melancarkan peranti flagshipnya, Honor Magic5 Pro yang kini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM4,299 bagi versi 12+512GB.

Bermula hari ini, HONOR Magic5 Pro boleh dibeli menerusi pelbagai saluran termasuk laman sesawang rasmi Honor, Honor Experience Store, pengedar sah Honor, Senheng, SenQ, COURTS, Harvey Norman dan Urban Republic.

Bagi setiap pembelian, Honor menawarkan hadiah percuma bernilai lebih RM800 berupa Pengecas Kereta Honor SuperCharge Wireless 50W, HONOR CHOICE Portable Bluetooth Speaker, sarung telefon HONOR Magic5 Pro, jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 180 hari.

Sementara itu, Honor Magic5 versi standard 12+256GB dan Honor Magic Vs akan mula tersedia pada 28 April ini pada harga jualan masing-masing RM3,499 dan RM5,999.

Selaras dengan pelancaran jualan peranti itu, Honor bekerjasama dengan Maxis, Digi dan Celcom dengan menawarkan pelan berbaloi untuk peranti flagship yang baru sahaja dilancarkan.

Menurut pengeluar telefon pintar dari China itu, siri Honor Magic5 menerima pujian daripada pengguna sejak pelancaran rasmi di Malaysia pada minggu lalu kerana harganya yang berpatutan.

"Menurut saluran data maklum balas, lebih 70 peratus kedai Honor melaporkan yang model Magic5, Magic5 Pro dan Magic Vs habis dijual semasa tempoh pra-tempah ini.

"Pembelian yang menggalakkan ini berikutan Honor Magic5 pro menguasai dunia teknologi dengan gabungan ciri-ciri moden dan teknologi terkini yang tiada tandingan. Perantinya memiliki kehebatan jangka hayat bateri yang tahan lama, paparan skrin menakjubkan, dan keupayaan kamera yang luar biasa.

"Honor Magic5 Pro menawarkan sistem kamera berkuasa iaitu Milisecond Falcon Capture serta Vivid Display With Care. Ciri-ciri unggul ini melayakkan HONOR Magic5 Pro diiktiraf sebagai Terbaik MWC 2023 oleh media antarabangsa dan bersedia membawa telefon pintar flagship ke satu tahap yang lebih baik," katanya.

Maka katanya, tidak hairanlah apabila Honor Magic5 Pro mencipta fenomena dalam pasaran global dan menerima sambutan yang menggalakkan di Malaysia.

"Honor Magic5 Pro menjadi pengubah keadaan dalam dunia mudah alih," katanya.

Berita Harian X