Jumaat, 31 March 2023 | 9:02am
HONOR Magic5 menerima respon positif daripada pengguna di Malaysia. - FOTO HONOR
HONOR Magic5 menerima respon positif daripada pengguna di Malaysia. - FOTO HONOR

HONOR Magic5 telefon pintar mercu pilihan popular

PENYEDIA peranti pintar terkemuka global, HONOR bakal melancarkan siri HONOR Magic5 April ini di Malaysia.

Terdahulu, HONOR Magic5 Pro menerima dua anugerah DXOMARK untuk skrin dan kamera berkuasa, sekaligus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran mercu mewah.

Sejak pelancaran siri HONOR Magic5 di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023, peranti mercu berkuasa ini unggul dengan ciri-ciri teknologi tercanggih dalam pengimejan, skrin, komunikasi dan jangka hayat bateri.

Bersempena pelancarannya, HONOR memilih puluhan rakyat Malaysia sebagai pengguna pertama merasai pengalaman menggunakan HONOR Magic5 Pro.

Pengguna bertuah ini yang digelar sebagai HONOR Magic Experiencers diberi peluang menguji proses pembangunan produk dan antara yang pertama meneroka sistem inovatif Magic OS 7.0.

Teknologi pengimejan tercanggih

Wildan Toh meluahkan rasa kagum terhadap ciri tangkapan Falcon HONOR Magic5 Pro.

Falcon Triple Main Camera yang ada pada HONOR Magic5 Pro terdiri daripada cache berganda bagi mengurangkan masa lengah kepada maksima 1,500 milisaat.

Bagi menambah baik pengalaman fotografi, teknologi AI kamera memilih imej terbaik dari gambar-gambar sama yang dirakam dalam tempoh sesaat sebelum dan 0.5 saat selepas butang pengatup ditekan.

Ini bagi memastikan proses tangkapan gambar yang lancar supaya memberi gambar berkualiti seperti diharapkan pengguna terhadap kamera telefon pintar flagship.

Toh berkata, telefon pintar luar biasa ini mengubah setiap pergerakan menjadi seperti dalam filem aksi dengan merakam momen yang jelas dalam sekelip mata.

Toh turut berkongsi sekeping gambar diambil menggunakan HONOR Magic5 Pro yang berjaya menangkap seekor kucing melompat dari kerusi dengan sempurna.

Image

Alan Ong pula menggambarkan ciri-ciri HONOR Magic5 Pro sebagai 'magis'.

"Saya terkejut melihat setiap butiran dalam gambar dirakam dengan jelas.

"Peranti ini menawarkan cara mudah menangkap gambar dengan profesional dan berkualiti," katanya.

Edmund JP pula tertarik dengan ciri tangkapan Falcon yang dibantu AI pada HONOR Magic5 Pro kerana berupaya merakam pergerakan berkelajuan tinggi dan 'bekukan' pergerakan bilah kipas dengan sempurna.

Image

Menggunakan dua telefon pintar jenama lain sebagai perbandingan, beliau mendapati kamera peranti berkenaan menghasilkan imej bilah kipas sedang bergerak yang kabur.

"HONOR Magic5 Pro bukan sahaja terbaik untuk keadaan cahaya rendah tetapi juga terbaik untuk fotografi berkelajuan tinggi. Saya tidak sabar meneroka ciri-ciri lain kamera ini," katanya.

Wira Hidayat pula mendapati Falcon Capture Algorithm HONOR Magic5 Pro secara automatik mengesan pergerakan dan menangkap momen terbaik menerusi rangkaian AI yang terdiri daripada lebih 270,000 imej.

Ciri AI Motion Sensing Capture membolehkan kamera mengesan beberapa siri senario dengan tepat, mengenalpasti titik fokus pada setiap senario dan menangkap momen terbaik secara automatik seperti ketika berlari, melompat atau senyum.

Dengan Ultra-Fusion Computational Optics yang dipertingkatkan, HONOR Magic5 Pro menambahbaik kejelasan imej sehingga 29.5 peratus dan meningkatkan keupayaan pengimejan daripada 3.5x-100x.

Hasilnya, imej terperinci dan jelas yang menakjubkan dapat dihasilkan menerusi panjang fokus penuh.

Image

Edwin Liew mengelarkan HONOR Magic5 Pro sebagai telefon pintar mercu terbaik bagi 2023 selepas menangkap beberapa siri gambar zum pada waktu malam.

Liew tertarik dengan kamera Telefoto Periskop 50MP peranti berkenaan yang menyokong zum optik 3.5x dan zum digital 100x.

"Tidak kira seberapa jauh jarak bangunan, HONOR Magic5 Pro berupaya merakam setiap butiran dengan cekap," katanya.

Bateri sepanjang hari

Siri HONOR Magic5 menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 sebagai peranti berkuasa dengan menawarkan bateri berketumpatan tertinggi baharu yang seimbang antara berat dengan ketebalan badan.

Dengan bateri besar 5100mAh dan pengecasan pantas HONOR SuperCharge 66W, siri ini menawarkan jangka hayat bateri tiada tandingan yang pastinya memuaskan hati pengguna.

Seorang lagi pengguna, Foo Tzen Fung berkata sepanjang perjalanan memandu dari Bukit Mertajam ke Kuala Lumpur, beliau menggunakan HONOR Magic5 Pro untuk mendengar Spotify sambil menggunakan Waze.

Jangka hayat lama bateri HONOR Magic5 Pro membuatnya kagum kerana masih mampu bertahan selepas menggunakan peranti tersebut selama 7 jam 43 minit tanpa perlu risau kehabisan bateri.

Sementara itu, Ahmed Khamis turut memuji ketahanan bateri HONOR Magic5 Pro dan menyatakan peranti ini telah menonjolkan potensi penuh menerusi prestasi bateri yang berkuasa.

Selain HONOR Magic5 Pro, HONOR Malaysia bakal memperkenalkan telefon boleh lipat terbaharu HONOR Magic Vs dalam masa terdekat.

HONOR Magic Vs menyasarkan untuk menyelesaikan isu besar mengenai rekaan dihadapi pengguna telefon boleh lipat, seterusnya berhasrat menjadi antara pemain kukuh dalam industri antarabangsa.

HONOR Malaysia bakal melancarkan dua peranti mercu baharu pada 6 April dan nantikan pengumuman tarikh pelancaran dalam masa terdekat ini.

Penggemar teknologi dan peminat boleh menjangkakan pameran teknologi canggih terkini dan produk-produk inovasi HONOR di pelancaran yang dinanti-nantikan ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs di https://bit.ly/HONORDualFlagshipBH

Berita Harian X