JENAMA peranti pintar terkemuka, realme, sekali lagi mengungguli pengeluaran siri telefon pintar berprestasi tinggi.
Mempertaruhkan model terbaharu dari siri C, realme memperkenalkan model C55 serba baharu yang dilengkapi fungsi dan ciri tercanggih pada harga mampu milik.
Dengan tiga komponen utama yang diperbaharui, realme C55 diyakini bakal menjadi peranti pintar bertaraf juara dalam kelasnya.
Kamera utama 64MP
Kali ini, realme menjadi satu-satunya jenama peranti pintar yang memberikan kamera beresolusi tinggi pada harga mampu milik.
Berbeza dengan kamera peranti pesaing, realme C55 didatangkan dengan kamera utama 64MP dan kamera hadapan 8MP serta kanta B&W dengan resolusi 2MP di belakang.
Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan mod malam yang disokong oleh perisian teknologi pengimejan ProLight yang digunakan pada model GT 2 Pro agar kualiti gambar yang diambil pada waktu malam kekal tinggi.
Bukan itu sahaja, realme C55 turut dilengkapi dengan mod 'Street Photography' yang didayakan oleh teknologi Dynamic Image Snapshot (DIS) yang menjadikan gambar tajam serta berkualiti tinggi diambil walaupun peranti dalam keadaan bergegar atau tidak stabil.
Menariknya, kamera realme C55 turut dilengkapi Potret Suar Bokeh, Potret Warna AI, Mod Berbintang serta beberapa jenis penuras seperti penuras jalanan, B&W Plus, Dramatik dan Pop 90-an bagi memberikan pengalaman fotografi terbaik buat pengguna.
Storan terbesar dengan 8GB RAM + 256GB ROM
Sekali lagi, realme C55 ialah telefon pertama dari Siri C yang mempunyai memori 8GB+256GB sekali gus menjadi peranti berstoran terbesar bagi segmen harganya.
Storan ini mampu untuk menyimpan lebih lima ribu gambar, 860 aplikasi dah sehingga 70 aplikasi permainan.
16GB RAM dinamik yang direka pada peranti ini juga bakal memberikan pengalaman penggunaan peranti pintar yang lebih lancar buat pengguna.
Dengan DRE Dynamic RAM Expansion yang didayakan pada peranti ini, C55 boleh membuka pelbagai aplikasi pada masa yang sama sambil memastikan telefon kekal berjalan lancar.
Pengecasan SUPERVOOC 33W terpantas
Bagi melengkapkan lagi ciri tercanggih pada peranti ini, C55 menampilkan pengecasan 33W terpantas dengan bateri besar 5000mAh.
Peranti ini mampu mengecas sehingga 50 peratus dalam masa hanya 29 minit dan mencapai pengecasan penuh dalam masa 63 minit dengan hayat bateri sehingga 27 hari siap sedia dan 27.8 jam panggilan.
Model C55 ini menyediakan pengecasan terpantas dengan pengecasan voltan tinggi dan teknologi arus rendah.
Ia juga membenarkan pengecasan untuk berhenti secara automatik apabila dicas melebihi 20 jam bagi memastikan kesihatan bateri.
Reka bentuk inovatif dan paparan skrin luas
Selain direka dengan badan nipis 7.89mm, realme C55 hadir dengan reka bentuk inovatif dan pilihan warna yang menarik.
Terdapat dua warna yang hadir pada siri C ini iaitu Rainy Night dan Sunshower yang memberikan pengalaman eksklusif bagi pengguna.
Paparan utama peranti baharu ini pula didatangkan dengan skrin IPS LCD FHD+ 6.72-inci yang menyokong kadar segar semula 90Hz dan turut hadir dengan cip MediaTek Helio G88 sebagai pemproses utama.
Sebagai nilai tambah, siri C55 beroperasi menggunakan antaramuka terkini realme UI 4.0 berasaskan Android 13 yang memuatkan sistem imbasan cap jari sisi dan pembesar suara dengan sokongan Ultra Volume Mode yang membenarkan tahap audio ditingkatkan sehingga 200 peratus.
Dengan strategi 'Lead to Champion' realme, siri C55 diyakini mampu untuk menjadi juara dalam kelasnya yang tersendiri.
Jelajah realme Leap to Champion
Bersempena dengan pelancaran siri C55 terbaharu, realme bakal menganjurkan Jelajah realme Leap to Champion bermula 31 Mac sehingga 2 April di Sunway Velocity dan 7 sehingga 9 April bertempat di Genting Highland.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik antaranya sesi temu ramah bersama artis, cabutan bertuah, promosi jualan produk dan juga berpeluang memenangi hadiah sehingga RM30,000!
Anda boleh mula pra-tempah peranti ini di kedai jenama rasmi realme bermula 28 hingga 30 Mac ini.
realme C55 6+123GB akan dijual pada harga bermula RM699 manakala bagi realme C55 8+256GB akan dijual pada harga bermula RM799.
Dapatkan realme Buds 2 Neo percuma dan jaminan lanjutan sehingga enam bulan nilai bernilai RM 129 apabila membuat pra-tempah peranti.
Peranti ini akan muka dijual secara langsung di kedai jenama rasmi realme dan peniaga sah realme Malaysia, Shopee rasmi dan Lazada dan TikTok rasmi realme Malaysia bermula 31 Mac ini.
Dapatkan jaminan lanjutan sehingga enam bulan secara percuma, realme Buds 2 Neo dan
Bagi maklumat lanjut mengenai jelajah ini, layari laman Facebook realme Malaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri C55, layari laman sesawang realme sekarang.