Jumaat, 3 Februari 2023 | 8:01pm
Samsung memperkenalkan teknologi kamera tercanggih mereka melalui siri Galaxy S23. FOTO - Samsung
Samsung memperkenalkan teknologi kamera tercanggih mereka melalui siri Galaxy S23. FOTO - Samsung

Kamera canggih Samsung beri pengalaman fotografi terbaik

SAMSUNG Malaysia terus memberi inspirasi kepada dunia dalam membentuk masa depan dengan idea dan teknologi transformatif.

Melalui pelbagai inovasi telefon pintar, tablet, perkasas digital, sistem rangkaian dan memori, Samsung komited memberikan inovasi terobosan yang mempertingkat kualiti kehidupan seharian.

Terkini, Samsung membawakan pengalaman fotografi telefon pintar serba canggih melalui siri Galaxy S23 terbaharu mereka.

Mempertaruhkan tiga model utama, Samsung Galaxy S23, Samsung Galaxy S23 Ultra dan Samsung Galaxy S23+, siri ini didatangkan dengan kamera paling canggih bagi pengalaman telefon pintar terbaik.

Kamera utama 200 megapiksel 

Samsung Galaxy S23 Ultra menjadi model pertama Samsung yang menawarkan kamera utama 200MP baharu.

Dengan penderia Adaptive Pixel baharu yang menyokong pelbagai peringkat pemprosesan resolusi tinggi pada masa yang sama, pengguna boleh menangkap gambar dengan butiran yang lebih jelas.

Samsung turut memperkenalkan autofokus pantas dan kamera swafoto Super HDR pertama mereka pada siri Galaxy S23 dengan 30fps sehingga 60fps bagi kualiti imej dan video terbaik.

Pengguna  juga bebas memilih resolusi 12MP, 50MP atau 200MP setiap kali mengambil gambar.

Fotografi cahaya malap

Memahami keperluan semasa pengguna, Siri Galaxy S23 direka bagi memudahkan pengguna mengambil gambar pemandangan sama ada pada waktu siang atau malam.

Algoritma kamera yang dipertingkat mengoptimumkan kualiti foto dan video dalam pelbagai keadaan ambien supaya pengguna boleh menangkap foto bercahaya latar dengan butiran yang jelas.

Kamera hadapan 12MP yang dipertingkat dengan Auto Fokus Dwi Piksel juga merakam tangkapan malam yang jelas serta memberikan kesan Bokeh semulajadi pada waktu malam.

Penstabilan Imej Optik berganda (OIS)

Teknologi dua kali ganda toleransi OIS pada kamera Galaxy S23 membuatkan peranti ini lebih sempurna kerana membolehkan pengguna mengendalikan peranti walaupun dalam keadaan bergegar. 

Hasilnya, video yang diambil akan tetap stabil dan jelas, walaupun dalam keadaan cahaya malap.

Tidak terhenti di situ, pengguna juga boleh merakam video yang lebih sinematik dengan kualiti video 8K yang dipertingkatkan pada sudut yang lebih luas.

Peranti pintar ini turut didatangkan dengan ciri AI berasaskan objek yang menganalisis setiap butiran dalam bingkai gambar, sejajar dengan ciri kecil wajah pengguna seperti rambut dan mata.

Melengkapkan lagi fungsi kameranya, Samsung Galaxy S23 turut direka dengan mod Expert RAW bagi penggunaan kamera mod manual setanding DSLR.

Alami pengalaman fotografi terbaik bersama siri Samsung Galaxy S23 baharu!

Pra-tempah Samsung Galaxy S23 di laman sesawang Samsung sekarang.

Berita Harian X