Khamis, 5 Januari 2023 | 12:45pm
Timbalan Pengarah Negara HONOR Malaysia, Matthew Ng (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Justin Lee (Kanan) menunjukkan HONOR X9a 5G dan HONOR X7a yang baru dilancarkan semalam.
Timbalan Pengarah Negara HONOR Malaysia, Matthew Ng (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Justin Lee (Kanan) menunjukkan HONOR X9a 5G dan HONOR X7a yang baru dilancarkan semalam.

HONOR lancar telefon pintar mampu milik, prestasi tinggi X9a 5G

KUALA LUMPUR: HONOR Malaysia melancarkan HONOR X9a 5G, edisi terbaharu Siri HONOR X yang mengetengahkan visual dan prestasi terbaik dengan Paparan Melengkung OLED Ultra Kukuh, ketahanan jangka hayat bateri sehingga da hari serta storan serta RAM 13+256GB.

HONOR turut mengumumkan pengenalan HONOR X7a yang mempunyai kapasiti bateri 6000mAh dengan jangka hayat bateri sehingga tiga setengah hari.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, HONOR X9a 5G bersedia untuk menawarkan ciri-ciri ini dengan lebih luas kepada pengguna di seluruh dunia.

Katanya, HONOR X9a 5G dijual pada harga mampu milik dan akan mula dipasarkan di seluruh negara pada 6 Januari 2023.

"Sempena bermula jualan, HONOR Malaysia menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM418 yang termasuk fon putik telinga Pembatalan Hingar Aktif Ultra HONOR CHOICE Earbuds X3 dan juga perlindungan retak skrin selama 180 hari.

"Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh dengan Pengalaman Premium Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh HONOR X9a 5G diperbuat daripada kaca Super Reinforced setebal 0.65mm yang direka khas untuk telefon pintar HONOR.

"Kaca ini lebih kukuh dan tahan jatuh berbanding kaca 0.55mm yang biasa digunakan dalam pasaran," katanya.

Peranti itu dilengkapi Skrin Melengkung OLED 6.67 inci dengan lengkung 45 darjah.

HONOR X9a didatangkan skrin melengkung dengan ciri premium ini kerana memberi rasa mewah yang memuaskan.

"Pengguna diberi pengalaman menonton filem dan melayari mengasyikkan menerusi paparan warna 1.07 bilion yang menyerlahkan setiap warna.

"Tontonan skrin di bawah cahaya matahari lebih jelas dengan kecerahan sehingga 800nit, ditambah lagi dengan kadar segar semula skrin 120Hz dan kadar persampelan sentuh 300Hz menjadikan HONOR X9a 5G salah satu terbaik dalam kelas tersendiri," katanya.

Selain paparan melengkung astetik HONOR X9a 5G, peranti ini dilengkapi Tahap Perkakasan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan teknologi pemalapan PWM berfrekuensi tinggi 1920Hz yang mengurangkan kelipan skrin dan keletihan mata dengan berkesan, walaupun di persekitaran gelap.

"Peminat HONOR boleh menonton dan menikmati permainan tanpa berhenti menggunakan skrin besar berdefinisi tinggi.

Selari dengan misi Siri HONOR X untuk meningkatkan kebolehcapaian teknologi HONOR, kamera HONOR X9a 5G diberikan reka bentuk bulat, sama dengan Siri Magic iaitu Matrix Star Ring di bahagian belakang.

Disusun bersama Matrix Star Ring adalah sistem tiga kamera yang terdiri daripada 64MP Kamera Utama Ultra Jelas, 5MP Kamera Sudut Lebar dan juga 2MP Kamera Makro.

"Meskipun HONOR X9a 5G mempunyai kenipisan 7.9mm dan berat 175 gram, peranti ini menampilkan kapasiti bateri besar 5100mAh.

"Dengan sekali cas sahaja sudah mencukupi untuk 29 jam menstrim YouTube Music, 24 jam menstrim YouTube, 19 jam melayari TikTok, sehingga 21 jam melayari media sosial atau 11 jam menikmati permainan.

"Selain itu, HONOR X9a juga menerima DXOMARK Gold Label, sekaligus memberi pengalaman terbaik dalam kelas di kedudukan global bateri DXOMARK.

HONOR X9a terbaik untuk pengguna yang aktif menggunakan peranti mereka sepanjang hari, kini mereka tidak perlu bimbang bateri cepat habis.

Selain itu katanya, dalam tempoh 30 minit pengecasan sudah mencukupi untuk 12.5 jam penstriman video.

HONOR X9a 5G dikuasakan dengan Cip Qualcomm® Snapdragon® 695 5G terkini untuk memberi prestasi mantap terhadap produktiviti dan aplikasi hiburan.

"Pengalaman pengguna dipertingkatkan lagi dengan HONOR RAM Turbo yang membolehkan peranti ini secara pintar mengoptimumkan sebahagian daripada storan sebagai RAM bagi membolehkan lebih banyak aplikasi aktif untuk berbilang tugas dengan lebih cekap.

"HONOR X9a 5G dikendalikan dengan Android 12 menerusi sistem operasi Magic UI 6.1 selain dimuatkan Anti-aging Engine yang mengurangkan kemerosotan prestasi peranti ini untuk memastikan pengalaman pengguna yang pintar dan konsisten.

"Membanggakan apabila HONOR X9a 5G menjadi telefon pintar pertama dalam Siri HONOR X yang menyokong Kolaborasi Multi-skrin bagi membolehkan peranti ini dihubungkan ke komputer riba HONOR untuk tugasan yang cekap," katanya.

Dengan Kolaborasi Multi-skrin dan HONOR Share dalam HONOR X9a 5G memudahkan pindahan fail dengan cepat antara peranti HONOR seperti telefon pintar, komputer riba dan tablet.

HONOR X9a 5G ditawarkan pada harga RM1,499 dan boleh didapati mulai 6

Januari 2023.

Peranti ini didatangi dalam tiga warna pilihan iaitu Titanium Silver, Emerald Green dan Midnight Black.

HONOR X9a 5G boleh didapati di Kedai HONOR, laman web hihonor.com, HONOR TikTok Shop, Shopee HONOR Official Store, Lazada HONOR Flagship Store dan pengedar sah HONOR.

Berita Harian X