Jumaat, 23 Disember 2022 | 7:28pm
Varian warna baharu HUAWEI Mate50 Pro edisi kaca Kunlun, Carbon Black. - FOTO HUAWEI
Varian warna baharu HUAWEI Mate50 Pro edisi kaca Kunlun, Carbon Black. - FOTO HUAWEI

HUAWEI Mate50 Pro tampil warna baharu

LEBIH sebulan siri HUAWEI Mate50 Pro berada di pasaran.

Ia mendapat permintaan tinggi, khususnya HUAWEI Mate50 Pro edisi kaca Kunlun Orange Vegan Leather yang kehabisan stok ketika jualan hari pertama.

Oleh kerana terdapat banyak permintaan untuk HUAWEI membawa masuk varian lain edisi kaca Kunlun, bulan ini HUAWEI membawakan warna baharu iaitu Carbon Black dan Silver.

Ia juga masih mengekalkan kekuatan kaca kunlun yang dikatakan sepuluh kali lebih tahan jatuh daripada kaca biasa pada model Mate 50.

Ini kerana, kaca kunlun dihasilkan dengan menambahkan oksida logam tertentu pada kaca asas, seperti 10 kuadrilion tahap nanokristal menggunakan teknik pertumbuhan nanokristal suhu tinggi 24 jam, pemprosesan bahan matriks mikrokristalin 108 langkah, dan teknologi peleburan platinum 1,600 darjah Celsius.

Hasilnya, jurutera HUAWEI berjaya mencipta penyelesaian yang boleh digunakan untuk isu industri seperti ketidakupayaan seramik kaca untuk memadankan kekuatan dan optik.

Oleh kerana itu juga, HUAWEI Mate 50 Pro dengan kaca kunlun menerima pensijilan 5 bintang SGS Switzerland untuk perlindungan kaca.

Siri Mate sentiasa berkisar tentang inovasi dan teknologi terkini.

Image

HUAWEI memperkenalkan apertur ultra pertama di dunia di mana ia mempunyai Apertur Fizikal Boleh Laras sebanyak 10 saiz yang membolehkan pengguna mengangkat fotografi ke peringkat seterusnya.

HUAWEI juga memperkenalkan Jenama Imej XMAGE yang akan mendorong fotografi ke peringkat seterusnya, daripada pelarasan warna sehinggalah penambahbaikan perkakasan dan Algoritma AI.

HUAWEI turut memperkenalkan inovasi terkini lain seperti mod bateri kecemasan SUPER di mana pengguna boleh mempunyai 12 minit masa panggilan atau lebih daripada dua jam masa siap sedia walaupun pada hayat bateri satu peratus.

Image

Selepas desas desus aplikasi Google tidak boleh digunakan pada peranti HUAWEI, kini pengguna boleh memuat turun semula aplikasi Google menerusi aplikasi Lighthouse.

Terdapat kemas kini terbaru Lighthouse di mana pengguna boleh log masuk akaun Google dua atau lebih dalam satu masa.

Caranya, pergi ke Tetapan, Aplikasi dan cari Lighthouse. Kemudian, pilih butang tetapan di sudut kanan atas, tambah akaun dan log masuk akaun Google tambahan anda.

Pengguna juga tidak perlu menyahbuang Lighthouse untuk log masuk dan keluar akaun Google.

Hanya pergi ke aplikasi Google dan log masuk serta keluar profil anda pada bila-bila masa.

HUAWEI juga mengemaskini aplikasi terbaharu di Lighthouse, antara aplikasi yang boleh dikemaskini adalah KFC Malaysia, MY Mahsing, Instagram, Twitter dan banyak lagi.

Antara peranti yang menyokong kemaskini aplikasi terbaharu Lighthouse ini adalah Mate50, Mate50Pro, Mate Xs2, Mate40Pro, nova10, nova10Pro, nova10SE, nova Y90, nova Y70, nova 9, nova 9SE, nova8i, P50, P50Pro, P50 Pocket, MatePad SE, MatePad Pro 11, MatePad 11, Matepad 10.4 versi 2022 dan Matepad Pro 12.6 versi 2021 dan 2022.

Image

HUAWEI turut menambah ciri keselamatan aplikasi pada AppGallery dengan membuang aplikasi tidak diingini dan berbahaya daripada peranti pengguna.

Untuk mengakses ciri keselamatan pada siri HUAWEI Mate50, buka aplikasi AppGallery, klik 'ME' pada AppGallery dan buka ciri pengesanan keselamatan aplikasi bagi membolehkan ia mengimbas secara automatik semua aplikasi yang dipasang pada peranti.

Jika ia menemui sebarang aplikasi yang rosak, mesej amaran akan dipamerkan dan seterusnya ia akan membantu pengguna menyahpasang aplikasi tersebut dengan serta-merta.

HUAWEI sentiasa menjadi peneraju industri teknologi dan mengutamakan keselamatan penggunanya.

Secara tidak langsung, ia menjadikan salah satu telefon pintar terbaik yang boleh didapati di Malaysia pada 2022.

Usah bimbang untuk mencuba telefon pintar dan tablet dengan HUAWEI AppGallery kerana Perkhidmatan Mudah Alih Google kini tersedia untuk digunakan dengan lancar.

Kunjungi Kedai Pengalaman HUAWEI, Shopee atau Lazada untuk mengetahui tawaran telefon pintar serta tablet HUAWEI dan rasai pengalaman menggunakan peranti HUAWEI dengan sendiri.

Berita Harian X