KUALA LUMPUR: HONOR, pengeluar peranti pintar terkemuka global bakal memperkenalkan telefon pintar baharu, HONOR X9a 5G di pasaran Malaysia bermula 4 Januari 2023.
Syarikat dalam satu kenyataan berkata, HONOR X9a 5G adalah telefon pintar Siri X dengan mempunyai Skrin Melengkung OLED Kukuh Ultra.
"Ramai berteka-teki harga jualannya dan memikirkan sama ada HONOR X9a 5G berbaloi dibeli dengan ciri ditawarkan.
"Sebenarnya, HONOR X9a 5G bukanlah telefon pintar peringkat biasa kerana ia mempunyai pelbagai keistimewaan," katanya.
HONOR X9a 5G mempunyai skrin melengkung unik setanding telefon pintar Flagship HONOR X9a 5G dilengkapi skrin melengkung OLED 6.67 inci dengan lengkungan 45 darjah bagi menambat hati lebih ramai pengguna untuk menikmati ciri-ciri yang ada pada telefon pintar flagship mewah.
Paparan 1.07 bilion warna menjadikan setiap warna menyerlah dan menarik untuk memberi pengalaman menonton filem dan melayari yang mengasyikkan.
Tontonan skrin di bawah matahari juga menyeronokkan, dengan kecerahan sehingga 800nit, ditambah dengan kadar segar semula skrin 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz menjadikan HONOR X9a 5G berbeza dari telefon pintar lain.
HONOR X9a 5G turut memberikan tontonan menyeronokkan tanpa memberi kesan keletihan terhadap mata pengguna kerana skrinnya dilengkapi pensijilan cahaya biru rendah TUV Rheinland, dan teknologi PMW Dimming 1920Hz berfrekuensi tinggi yang mengurangkan kerdipan.
"Pengguna tidak perlu bimbang menonton video untuk tempoh masa panjang mahupun gaming dalam skrin besar berdefinisi tinggi.
"Meskipun timbul kebimbangan pengguna terhadap ketahanan skrin melengkung, HONOR berjaya menepis isu berkenaan.
"Ia terbukti dengan beberapa video menunjukkan kekukuhan skrin HONOR X9a 5G selepas melalui pelbagai ujian antaranya menghentak skrin pada kacang walnut, ketam dan digilis kereta," kata kenyataan itu.
Segala usaha untuk memecahkan skrin gagal kerana HONOR X9a 5G menggunakan skrin Super Reinforced setebal 0.65mm bagi mengelak daripada mudah meretak.
Katanya, HONOR X9a 5G lulus sebanyak 33 ujian pembangunan dan penyelidikan, selain kualiti skrin melengkung peranti ini turut diuji, seterusnya mendapat pengiktirafan juara Kejohanan Badminton Dunia 2022 Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, baru-baru ini.
Skrin melengkung HONOR X9a 5G sempurna dari segi rekaan, warna, kecerahan, sentuhan, perlindungan mata dan kebolehkepercayaan.
Mempunyai kelas tersendiri dan menampilkan rekaan menarik, HONOR X9a 5G memberi pengalaman skrin lebih baik kepada pengguna.