Ahad, 27 November 2022 | 10:31am
Galaxy Buds2 Pro ciri 360 Audio dengan ‘Direct Multi-Channel’ dengan ciri Surround Sound bagi menikmati pengalaman audio maya semua arah.
Galaxy Buds2 Pro ciri 360 Audio dengan ‘Direct Multi-Channel’ dengan ciri Surround Sound bagi menikmati pengalaman audio maya semua arah.

Galaxy Buds2 Pro lebih padu kualiti, reka bentuk

KUALA LUMPUR: Sudah menjadi kelaziman bagi Samsung untuk memperkenalkan fon telinga tanpa wayar terbaharu setiap kali memperkenalkan model telefon pintar terkini.

Pada Ogos lalu fon telinga terbaharu Galaxy Buds2 Pro dilancarkan bersama-sama dengan siri model telefon pintar Samsung Z Fold4 dan Z Flip4.

Peranti pendengaran tanpa wayar ini ternyata lebih kompak, dikatakan 15 peratus lebih kecil berbanding generasi sebelum ini.

Dari segi luaran, fon telinga ini dibaluti dengan warna 'matte' tidak berkilat berbanding krom pada Galaxy Buds Pro yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Selain itu, pod pengecas fon telinga terasa kesat dipegang, justeru memudahkan ia digenggam berbanding bekas terdahulu yang agak licin.

Samsung menambahbaik 'mod Ambience' pada peranti ini dengan membenarkan audio dari luar didengari penggunanya tanpa fon telinga ditanggalkan.

Ia juga mempunyai ciri 360 Audio dengan 'Direct Multi-Channel' dengan ciri Surround Sound bagi menikmati pengalaman audio maya semua arah.

Dipadankan dengan bateri berkapasiti 515mAh, spesifikasi peranti menunjukkan ia mampu berfungsi selama 29 jam sebelum perlu dicas semula. Jika ANC diaktifkan ia berkemampuan bertahan sehingga 18 jam.
Dipadankan dengan bateri berkapasiti 515mAh, spesifikasi peranti menunjukkan ia mampu berfungsi selama 29 jam sebelum perlu dicas semula. Jika ANC diaktifkan ia berkemampuan bertahan sehingga 18 jam.

Rekaan aerodinamik fon telinga ini juga diperkemaskan dan menjadikan pemakaiannya lebih selesa dan mudah dipakai.

Ia dilengkapi ciri pembatalan hingar aktif (ANC) sebagaimana model sebelumnya, sekali gus memudahkan pengguna mendengar dengan lebih jelas bunyi dihasilkan seumpama bunyian ketika dalam panggung teater.

Fungsi ANC ini juga boleh diaktifkan secara automatik apabila anda sedang bercakap, sekali gus mengawal bunyi audio pada fon telinga.

Ia juga memiliki ciri tukaran auto yang mana membolehkannya beralih sambungannya sama ada kepada tablet atau telefon apabila diperlukan, sebagai contoh ketika anda sedang menggunakan fon telinga ini dan pada masa sama disambungkan kepada tablet untuk menonton video, ia automatik beralih kepada telefon apabila penguna menerima panggilan. Sebaik sahaja habis berbual, fon telinga ini akan kembali tersambung kepada tablet tanpa perlu menekan apa-apa butang atau skrin.

Pod pengecas fon telinga terasa kesat dipegang, justeru memudahkan ia digenggam berbanding bekas terdahulu yang agak licin.
Pod pengecas fon telinga terasa kesat dipegang, justeru memudahkan ia digenggam berbanding bekas terdahulu yang agak licin.

Fungsi pengesan suara Bixby juga terdapat pada fon telinga ini yang mana, penggunanya boleh terus menyebut 'Hi Bixby' untuk mengeluarkan arahan seperti membuat panggilan telefon, menukar muzik dan banyak lagi tanpa perlu menekan skrin. Pengguna juga boleh menukar sambungan dalam kalangan peranti Samsung lain dengan menyebut nama peranti selain mengaktifkan ciri ANC atau mod Ambience.

Dipadankan dengan bateri berkapasiti 515mAh, spesifikasi peranti menunjukkan ia mampu berfungsi selama 29 jam sebelum perlu dicas semula. Jika ANC diaktifkan ia berkemampuan bertahan sehingga 18 jam.

Galaxy Buds2 Pro juga memiliki ciri kalis air IPX7 selain ciri menarik lain seperti boleh dikesan kedudukan fon telinga jika tercicir atau lupa di mana ia diletakkan, menerusi aplikasi SmartThings dengan mengaktifkan butang pencarian fon telinga.

Proses kesan sambungan bluetooth juga adalah mudah dengan hanya membuka pod pengecas dan ia akan dikesan secara langsung dalaml masa sekitar 10 saat bergantung kepada kelajuan Internet.

Kesimpulannya ia adalah fon telinga yang ringkas dan mengujakan khususnya kepada pengguna yang sememangnya aktif mendengar alunan muzik tanpa gangguan.

Reka bentuknya menarik dan unik selaras cita rasa dan gaya masa kini. Dijual dengan harga RM899, fon telinga terbaru ini dianggap berbaloi untuk mereka yang mahukan kualiti, kelainan dan ringkas dalam kesibukan harian mahupun ketika tenang bersantai.

Berita Harian X