Rabu, 23 November 2022 | 3:17pm
Samsung adalah pengeluar tunggal telefon pintar berteknologi skrin boleh lipat.
Samsung adalah pengeluar tunggal telefon pintar berteknologi skrin boleh lipat.

Galaxy Z Flip4 ringkas, lebih praktikal

KUALA LUMPUR: Samsung terus menjadi peneraju dalam rekaan skrin boleh lipat apabila syarikat gergasi elektronik berkenaan pada Ogos lalu memperkenalkan variasi peranti kelas premium yang terbaharu iaitu Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 pada Ogos lalu.

Seperti pada namanya, ia adalah generasi keempat telefon pintar berteknologi skrin boleh lipat, mengukuhkan lagi kedudukan Samsung sebagai pengeluar tunggal peranti seumpama itu.

Berkesempatan melihat dan menggunakan Galaxy Z Flip4 5G terbaharu ini, penulis mendapati model terbaharu ini walaupun ia berbentuk hampir serupa dengan generasi sebelumnya, Z Flip 3, namun mempunyai banyak penambahbaikan, seperti engsel yang lebih langsing, ringan dan sisi tepi yang lebih rata.

Jika diteliti Z Flip 4 mempunyai badan yang lebih nipis daripada Z Flip 3 iaitu sebanyak kira-kira 1.2 milimeter (mm). Jika ia dilipat, dimensinya juga adalah 1.5mm lebih kecil dan mempunyai bezel hanya 71.9mm.

Sebaik sahaja lipatan dibuka, Z Flip 4 memaparkan skrin 6.7 inci dengan panel 2X Dynamic AMOLED, berresolusi 2,640x1,080 piksel dan penyesuaian 1~120Hz, yang mana kualiti paparannya amat jelas.

Galaxy Z Flip 4 mempunyai badan yang lebih nipis daripada Z Flip 3 iaitu sebanyak kira-kira 1.2 milimeter (mm). Jika ia dilipat, dimensinya juga adalah 1.5mm lebih kecil dan mempunyai bezel hanya 71.9mm.
Galaxy Z Flip 4 mempunyai badan yang lebih nipis daripada Z Flip 3 iaitu sebanyak kira-kira 1.2 milimeter (mm). Jika ia dilipat, dimensinya juga adalah 1.5mm lebih kecil dan mempunyai bezel hanya 71.9mm.

Tampil pelbagai penambahbaikan, seperti engsel yang lebih langsing, ringan dan sisi tepi yang lebih rata.
Tampil pelbagai penambahbaikan, seperti engsel yang lebih langsing, ringan dan sisi tepi yang lebih rata.

Bagi yang sering bertanyakan ketahanan lipatan skrin yang agak rapuh jika selalu digunakan, Samsung mendakwa ketahanan Z Flip 4 telah dipertingkatkan dengan dibaluti Gorilla Glass Virtus + dengan bingkai aluminium amor, manakala engsel telah menjalani ujian ketahanan sehingga 200 ribu kali bukaan atau selama empat tahun dengan purata 100 bukaan sehari

Menarik apabila Z Flip4 ini juga tampil dengan ciri 'Flex mode' yang apabila skrin dilipat separuh yang akan menjadikan aplikasi yang dibuka disesuaikan mengikut lipatan ini.

Samsung Galaxy Z Flip4 juga memiliki cover screen dibahagian luar yang mana ia adalah sama seperti pada Galaxy Z Flip3.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan 'cover screen' iaitu skrin kecil bahagian luar belakang dengan panel Super AMOLED berukuran 1.9-inci dengan resolusi 260 x 512 piksel dan kepadatan piksel 303ppi.

Menariknya skrin ini adalah ia juga boleh digunakan sebagai 'viewfinder' untuk kamera utama iaitu dengan menekan butang kuasa sebanyak dua kali, sekali gus memudahkan anda mengambil imej 'selfie'.

Pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Plus Gen 1 baharu pula amat lancar dalam memastikan Flip 4 cemerlang dalam dalam setiap tugas yang dikehendaki. Model ini didatangkan dengan 8GB RAM bersama-sama dengan pilihan storan 128 gigabait (GB), 256GB atau 512GB.

'Cover Screen' juga boleh digunakan sebagai ‘viewfinder’ untuk kamera utama memudahkan anda mengambil imej ‘selfie’.
'Cover Screen' juga boleh digunakan sebagai ‘viewfinder’ untuk kamera utama memudahkan anda mengambil imej ‘selfie’.

Cip Snapdragon 8+ Gen 1 keluaran TSMC ini 8GB RAM dan ia turut disertakan ciri RAM Plus yang boleh memberikan tambahan sehingga 8GB RAM virtual menggunakan storan dalaman, justeru melancarkan operasi peranti walaupun banyak aplikasi dibuka serentak.

Seperti Samsung Galaxy S22 Series, Z Flip4 berkeupayaan menerima sehingga empat kemaskini Android iaitu sehingga Android 16.

Dalam pada itu, Z Flip4 didatangkan dengan dwi-kamera pada panel belakang dan satu kamera selfie pada skrin utama. Tetapan ini sama seperti pada Galaxy Z Flip3 iaitu satu sensor utama 12MP, satu sensor ultrawide 12MP dan sensor selfie 10MP.

Walau begitu, Samsung telah menggunakan sensor utama 12MP yang baharu dan didakwa mampu menyerap 65 peratus lebih cahaya berbanding generasi sebelum ini, membolehkan mod malamnya lebih bagus.

Dilengkapi pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Plus Gen 1 baharu pula amat lancar dalam memastikan Flip 4 cemerlang dalam dalam setiap tugas yang dikehendaki.
Dilengkapi pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Plus Gen 1 baharu pula amat lancar dalam memastikan Flip 4 cemerlang dalam dalam setiap tugas yang dikehendaki.

Selain itu, hayat baterinya juga jauh lebih baik apabila Z Flip4 dipadankan bateri berkapasiti 3,700mAh yang mana penambahan sebanyak 33 peratus. Namun ia sedikit pun mengubah ketebalan telefon ini cuma manakala berat meningkat sekitar 3.0 gram.

Dengan adapter 25W, model ini boleh mengecas ke tahap 55 peratus dalam tempoh 30 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit.

Harga yang dicadangkan oleh Samsung untuk Z Flip4 ini adalah bermula RM4099, meskipun nilainya tampak premium namun jika anda mahukan telefon mudah alih yang boleh dikecilkan dengan lipatan, ringkas dan padat tetapi kuasa serta penggunaan mantap, Z Flip 4 pastinya berbaloi untuk wang anda.

Peranti ini ditawarkan dengan empat pilihan warna seperti 'Bora Purple'; 'Essential Graphite'; 'Contemporary Blue' dan 'Pink Gold'.

Berita Harian X