Selasa, 15 November 2022 | 3:05pm
Kempen #SebolaSuara Maxis bermula 20 November hingga 18 Disember
Kempen #SebolaSuara Maxis bermula 20 November hingga 18 Disember

Maxis tawar sejuta pas percuma tonton Piala Dunia

KUALA LUMPUR: Maxis menawarkan sejuta pas percuma perlawanan langsung sooka bagi Piala Dunia Qatar 2022 untuk ditebus oleh pelanggannya, termasuk untuk strim mana-mana daripada 64 perlawanan secara langsung sebagai sebahagian daripada kempen #SebolaSuara.

Dari 20 November hingga 18 Disember, pelanggan Maxis Postpaid, Hotlink Postpaid, Hotlink Prepaid dan Maxis Home Fibre boleh menebus pas melalui kedua-dua aplikasi Maxis dan Hotlink dengan mencari kod unik yang dihasilkan setiap hari.

Pas percuma ini sah untuk satu perlawanan pilihan pelanggan untuk setiap hari atas dasar siapa cepat, dia dapat.

Pelanggan Maxis Postpaid dan Hotlink juga boleh mendapatkan Pas Internet Mudah Alih 10GB untuk

digunakan di sooka selama 30 hari selepas penebusan.

Di samping itu, setiap pas perlawanan langsung dilengkapi dengan data tambahan berkelajuan tinggi 1GB untuk pengalaman tontonan yang terbaik.

Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Loh Jeh Kiat, berkata setiap empat tahun, rakyat Malaysia berkumpul untuk menyokong pasukan kegemaran mereka dalam acara sukan global yang dinanti-nantikan ini.

"Kami teruja untuk membawa Piala Dunia Qatar 2022 dengan lebih dekat kepada rangkaian Maxis melalui pas perlawanan percuma dan pemberian data.

"Semua pelanggan Maxis Postpaid, Maxis Home Fibre dan Hotlink Postpaid juga boleh menikmati tawaran menarik untuk mendapat peranti terkini untuk menonton permainan, serta mengikuti aksi bola sepak dengan keluarga dan rakan-rakan," katanya dalam satu kenyataan.

Untuk memberikan peminat bola sepak pengalaman menyeluruh yang lengkap, Maxis juga melancarkan kempen 5G Device Sale, yang menawarkan tawaran menarik untuk peranti 4G dan 5G.

Pelanggan baharu dan sedia ada pasca bayar boleh menarik taraf kepada telefon pintar 5G terkini daripada serendah RM49, yang terdiri daripada jenama seperti Samsung, honor, OPPO dan vivo.

Sementara itu, pelanggan baharu dan sedia ada yang mendaftar untuk pelan Maxis Home Fibre 300Mbps juga boleh menikmati tawaran hebat untuk TV pintar Samsung 65 inci daripada hanya RM50 sebulan melalui pelan ansuran Zerolution.

Berita Harian X