Sabtu, 5 November 2022 | 1:24pm
Gambar fail. - AP
Gambar fail. - AP

iPhone tidak kebal serangan malware

iPhone tidak kebal terhadap serangan 'malware' atau perisian hasad apabila ia dimatikan, kata penyelidik di Universiti Teknikal Darmstadt, Jerman dalam kertas penyelidikan bertajuk "Evil Never Sleeps".

Laman web berita perniagaan, Benzinga melaporkan, jenis malware terhaharu yang dibangunkan oleh penyelidik di universiti berkenaan boleh menjangkiti iPhone.

Walaupun telefon pintar itu dimatikan oleh pengguna, iPhone masih boleh ditemui melalui rangkaian "Find My", dan apabila bateri hampir habis, peranti memasuki mod rizab kuasa tetapi pengguna masih boleh mengakses kad kredit, pas pelajar dan item lain dalam Dompet mereka, kata penyelidik.

Dalam semua iPhone yang dilancarkan sejak 2018, komunikasi jarak dekat seperti Bluetooth dan jalur ultra lebar terus berjalan walaupun selepas peranti itu dimatikan.

Cip ini boleh berjalan dalam mod kuasa rendah (LPM) apabila iPhone tidak bertindak balas terhadap detikan pada skrin atau bergegar, mod ini diaktifkan sama ada apabila pengguna mematikan iPhone mereka atau apabila iOS dimatikan secara automatik disebabkan tahap bateri yang rendah.

Memandangkan sokongan LPM terbina dalam perkakasan, ia tidak boleh dialih keluar sedar mengemas kini perisian.

Berita Harian X