Rabu, 2 November 2022 | 9:39pm
Airasia Super App meluaskan kemunculan di Indonesia
Airasia Super App meluaskan kemunculan di Indonesia

Airasia Super App dilancar di Bali

KUALA LUMPUR: Airasia Super App dilancarkan secara rasmi di Bali, Indonesia susulan platform perjalanan dan gaya hidup itu meluaskan kemunculannya di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amanda Woo, berkata ia mungkin tugas yang sukar bagi mereka untuk menembusi ruang aplikasi super tempatan sedia ada yang dikuasai oleh beberapa pemain utama, namun pihaknya mempunyai cadangan unik dari segi penawaran, dan pendekatan yang berbeza untuk menembusi pasaran Indonesia.

"Kami teruja untuk memulakan perjalanan airasia Super App Indonesia kami di Bali, kerana ia pastinya lokasi yang sesuai untuk menerajui pertumbuhan kami, dengan populasi lebih empat juta orang dan merupakan destinasi pulau percutian yang terkenal di dunia.

"Sebagai aplikasi super pengembaraan, kami yakin kami mampu mencipta nilai untuk pengguna, selain daripada kemudahan, kebolehpercayaan dan kemampuan yang dimiliki semua produk dan perkhidmatan dan yang akan kami perkenalkan (di sana) tidak lama lagi," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Airasia Super App ialah usaha niaga digital Capital A (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan AirAsia) dan telah dilancarkan di Malaysia pada Oktober 2020.

Ia seterusnya dilancarkan masing-masing di Thailand dan Filipina pada Februari dan April tahun ini.

-BERNAMA

Berita Harian X