Khamis, 21 April 2022 | 12:04pm
Unifi Business menawarkan penyelesaian digital menyeluruh untuk PMKS
Unifi Business menawarkan penyelesaian digital menyeluruh untuk PMKS

Ciri baharu Unifi Business perkukuh transformasi digital PMKS

KUALA LUMPUR: Unifi Business melancarkan ciri-ciri baharu yang menarik dalam rangkaian penyelesaiannya untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan.

Ciri-ciri baharu berkenaan akan membolehkan PMKS mempertingkat dan mempercepatkan transformasi digital perniagaan masing-masing.

Dengan menawarkan ekosistem menyeluruh perundingan, kesalinghubungan, penyelesaian digital dan perkhidmatan khusus, Unifi Business berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan digital pilihan bagi PMKS ketika sektor itu semakin pulih daripada kesan pandemik.

Ketua Segmen PKS Unifi, Mohamad Yusman Ammeran, berkata PMKS adalah tulang belakang ekonomi negara dan mereka perlu memanfaatkan ledakan

digital tepat pada masanya, yang memberikan peluang ideal untuk terus bergerak maju ke arah pertumbuhan yang lebih mampan.

"Pelaksanaan pendigitalan secara tepat adalah langkah paling wajar. Unifi Business bersedia untuk membantu mereka kembali bangkit, kembali teguh dan mencapai keuntungan positif melalui penyelesaian digital yang inovatif," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Yusman menambah bahawa Unifi akan bersama PMKS, membimbing dalam perjalanan digitalisasi mereka.

"Pasukan perunding perniagaan Unifi yang bertauliah adalah satu lagi bukti

komitmen kami untuk berkhidmat kepada PMKS. Mereka diperakui dengan Pensijilan Antarabangsa untuk Literasi Digital (ICDL) dan akan menawarkan

sokongan dan bimbingan secara berterusan.

"Pelbagai penyelesaian perniagaan kami untuk PMKS menggambarkan sokongan Telekom Malaysia Bhd (TM) terhadap pelbagai inisiatif kerajaan, seperti JENDELA dan MyDIGITAL, sejajar dengan peranan kumpulan sebagai pemacu Digital Malaysia," katanya.

Sebagai pusat sehenti untuk segala keperluan perniagaan, suite Unifi Business antara lain kini merangkumi Unifi eCommerce Hub, Unifi Cloud Storage, penyelesaian keselamatan siber dan unifi Business Club (uBC).

Unifi eCommerce Hub direka untuk menghubung dan memaksimumkan peluang pertumbuhan dengan lancar, menawarkan platform tunggal dan bersepadu, dengan antara muka yang mudah digunakan.

Unifi Cloud Storage pula membantu perniagaan menguruskan tugasan yang sering merumitkan seperti menyimpan maklumat penting, membawakan

storan data yang fleksibel, selamat dan mudah diubah.

Sementara itu, penyelesaian keselamatan siber membantu PMKS melindungi perniagaan mereka daripada ancaman siber, manakala semua pelanggan Unifi Business akan dapat menikmati faedah sebagai ahli uBC, termasuk akses kepada kandungan yang berkaitan dan terkini.

Berita Harian X