Jumaat, 21 Ogos 2020 | 11:18am
Persidangan Kre8tif! Edisi ke-11
Persidangan Kre8tif! Edisi ke-11

Firma animasi dunia sertai Persidangan Kre8tif! 2020

KUALA LUMPUR: Syarikat animasi terkemuka dunia akan menyertai Persidangan Kre8tif! Edisi ke-11 anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang dianjurkan secara dalam talian tahun ini.

Antara penggiat industri kreatif antarabangsa dan tempatan terbabit termasuklah Octopie Studios, Walt Disney Animation Studios, Pixar, Weta Digital, Netflix, WarnerMedia Entertainment Network, Animonsta Studios, Primeworks Studio, MEASAT Broadcast Network Systems, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Muslim Kids TV, YouTube, Licensing Internationalj dan WildBrain.

Persidangan bertemakan 'Kre8tif!-viti Tanpa Batasan' yang akan diadakan dari 7 hingga 10 September depan itu memberikan kepada

keterangkuman dan globalisasi, sekali gus membuka peluang kepada peserta meluaskan rangkaian masing-masing menerusi penyertaan syarikat animasi global.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri, berkata Kre8tif adalah acara yang menyokong kepelbagaian idea, potensi, inovasi dan pembangunan kreatif yang unggul bagi mencapai hasrat meletakkan Malaysia sebagai peserta utama industri kandungan digital kreatif global yang dianggarkan bernilai lebih AS$2.4 trilion (RM10.04 trilion).

Katanya, Malaysia mempunyai gabungan bakat dan ekosistem yang berkembang pesat bagi industri terus bergerak maju, malah industri tempatan kini mencatatkan pencapaian memberangsangkan di Asia Pasifik.

"Perkembangan ini membuka lebih banyak peluang kepada penggiat industri dan membantu melengkapkan pengkarya dengan peralatan, pengetahuan dan rangkaian yang tepat untuk meningkatan nilai kebolehpasaran.

"Peluang ekonomi ini tiada sempadan dan dianggap sebagai norma baharu," katanya dalam satu kenyataan.

Acara yang dikelolakan oleh Bahagian Kandungan Kreatif Digital (DCC) MDEC ini dianjurkan sejak 2009 dan kekal menjadi platform penting bagi rangkaian perniagaan industri kandungan digital di Malaysia dan Asia Tenggara.

Pada tahun ini, Kre8tif! 2020 akan dimulakan dengan persidangan yang menampilkan lebih 14 pengiat industri sebagai penceramah dengan ucaptama bertajuk 'Bagaimana Asia Tenggara Menghasilkan Animasi Unggul Bertaraf Global Yang Seterusnya' akan disampaikan oleh Naib Presiden Kanan Pembangunan Animasi Octopie Studio, Eric Calderon.

Rakan strategik pada tahun ini terdiri daripada Bangkok International Digital Content Festival (BIDC 2020), Persatuan Industri Animasi Indonesia (AINAKI), SIGGRAPH Asia 2020 dan View Conference 2020.

Kre8tif! 2020 dijangka akan mengumpulkan lebih 2,000 peserta dari seluruh rantau yang menyaksikan peningkatan penyertaan termasuk nama-nama besar industri.

Berita Harian X