Rabu, 15 Mei 2024 | 7:14pm
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 579 berbanding 574 - Gambar hiasan
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 579 berbanding 574 - Gambar hiasan

Bursa Malaysia akhiri peningkatan dua hari berturut-turut

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menutup dagangan pada paras harian terendah hari ini, mengakhiri peningkatan dua hari berturut-turut berikutan pelabur teragak-agak untuk membuat keputusan penting menjelang laporan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan datang.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.65 mata atau 0.17 peratus kepada 1,603.23 berbanding 1,605.88 semasa ditutup semalam.

Indeks barometer dibuka rendah 0.13 mata kepada 1,605.75 dan mencapai paras harian tertinggi pada 1,607.64 semasa sesi dagangan lewat pagi.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 579 berbanding 574, dengan 475 kaunter tidak berubah, 740 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6.20 bilion unit bernilai RM4.69 bilion daripada 4.69 bilion unit bernilai RM3.19 bilion pada Selasa.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang dijadual diumumkan lewat hari ini adalah penting untuk membuat keputusan mengenai kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada masa akan datang.

"Keraguan timbul berikutan data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS adalah lebih kukuh berbanding jangkaan semalam, menyebabkan ketidakpastian terhadap jarak masa potensi pengurangan kadar Fed," katanya kepada Bernama.

Mohd Sedek berkata, dari segi teknikal, petunjuk pasaran FBM KLCI memperlihatkan daya tahan apabila kekal melebihi paras 1,600, disokong oleh pengumpulan saham mewah yang konsisten.

Oleh itu, beliau menjangkakan indeks akan berubah-ubah antara 1,600 dan 1,614 minggu ini, dengan paras sokongan kekal stabil pada 1,575 dan 1,560, serta rintangan pada 1,614 dan 1,635.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.88, Public Bank menyusut dua sen kepada RM4.15, CIMB turun satu sen kepada RM6.78, Tenaga Nasional berkurangan empat sen kepada RM12.40 dan Petronas Chemicals susut 16 sen kepada RM6.81.

Bagi saham aktif, Top Glove meningkat 30 sen kepada RM1.26, Sin-Kung Logistics menambah satu sen kepada 14 sen, Supermax Corp melonjak 21.5 sen kepada RM1.08, Careplus mengukuh 7.5 sen kepada 38 sen, dan MY E.G. Services naik lima sen kepada RM1.03.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 47.56 mata kepada 12,184.69, Indeks FBMT 100 menokok 51.35 mata kepada 11,792.52, Indeks FBM Emas Syariah naik 58.36 mata kepada 12,390.70, dan Indeks FBM 70 melonjak 363.98 mata kepada 17,412.22, manakala Indeks FBM ACE susut 38.72 mata kepada 5,285.69.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 21.40 mata kepada 17,509.68, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.06 mata kepada 192.40, dan Indeks Perladangan menyusut 49.72 mata kepada 7,384.87 manakala Indeks Tenaga meningkat 0.06 mata kepada 985.93.

Jumlah dagangan Pasaran Utama melonjak kepada 4.10 bilion unit bernilai RM4.25 bilion daripada 2.49 bilion unit bernilai RM2.62 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran susut kepada 720.47 juta unit bernilai RM88.20 juta daripada 997.69 juta unit bernilai RM167.0 juta semasa ditutup pada Selasa.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 1.37 bilion saham bernilai RM331.67 juta daripada 1.2 bilion saham bernilai RM397.07 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 626.71 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (667.83 juta), pembinaan (245.85 juta), teknologi (312.22 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (130.01 juta), hartanah (437.94 juta), perladangan (32.52 juta), REIT (15.27 juta), dana tertutup (93,400), tenaga (130.57 juta), penjagaan kesihatan (1.38 bilion), telekomunikasi dan media (24.26 juta), pengangkutan dan logistik (33.44 juta), utiliti (58.73 juta), dan amanah perniagaan (512,600).

-BERNAMA

Berita Harian X