Jumaat, 5 April 2024 | 6:48pm
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 563 berbanding 482 - Gambar hiasan
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 563 berbanding 482 - Gambar hiasan

Bursa Malaysia meningkat dalam keadaan sentimen berhati-hati

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniagakan dalam jajaran kecil memandangkan pelabur mengambil langkah berhati-hati di tengah-tengah prestasi negatif di seluruh rantau ini, kata penganalis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.01 mata atau 0.12 peratus, kepada 1,555.25 daripada 1,553.24 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.17 mata kepada 1,551.07 dan bergerak antara 1,547.96 dan 1,555.97 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 563 berbanding 482, dengan 493 kaunter tidak berubah, 782 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.04 bilion unit bernilai RM2.68 bilion berbanding 3.36 bilion unit bernilai RM2.68 bilion semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bh,d Thong Pak Leng, berkata, pasaran serantau turut terkesan dengan petunjuk negatif daripada Wall Street dalam tempoh semalaman sebagai isyarat kecenderungan menaikkan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), terutama menjelang data senarai gaji utama, telah mendorong lebih banyak ketidakpastian terhadap pengurangan kadar faedah AS.

Selain itu, beliau berkata konflik geopolitik yang semakin meruncing di Asia Barat turut menjejaskan sentimen pelabur.

"Bagi bursa tempatan, kami optimis namun berhati-hati memandangkan sentimen ekuiti tempatan yang semakin baik. Bagaimanapun, ketidakstabilan global juga akan memainkan peranan utama dalam hala tuju pasaran," kata Thong kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menyusut 5.0 sen kepada RM9.64, Public Bank susut 3.0 sen kepada RM4.18, CIMB berkurangan 2.0 sen kepada RM6.63, Tenaga meningkat 2.0 sen kepada RM11.52, dan Petronas Chemicals menokok 10.0 sen kepada RM6.85.

Bagi saham paling aktif, Velesto Energy berkurangan 2.5 sen kepada 28.0 sen, Dagang NeXchange menambah setengah sen kepada 36.5 sen, RGB meningkat 2.0 sen kepada 34 sen, dan TDM turun setengah sen kepada 32 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 14.22 mata kepada 11,708.18, Indeks FBMT 100 naik 16.55 mata kepada 11,338.74 dan Indeks FBM Emas Syariah memperoleh 44.02 mata kepada 11,866.10.

Indeks FBM 70 meningkat 31.63 mata kepada 16,332.07 tetapi Indeks FBM ACE turun 14.96 mata kepada 4,981.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan rendah 56.35 mata kepada 17,239.42, Indeks Perladangan naik 53.60 mata kepada 7,460.09, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.94 mata kepada 185.06, manakala Indeks Tenaga merosot 13.23 mata kepada 967.50.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.28 bilion unit bernilai RM2.38 bilion berbanding 2.21 bilion unit bernilai RM2.35 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.22 bilion unit bernilai RM137.15 juta berbanding 292.03 juta unit bernilai RM28.75 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 611.65 juta saham bernilai RM159.96 juta daripada 848.78 juta saham bernilai RM295.91 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 311.77 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (367.15 juta); pembinaan (183.56 juta); teknologi (157.95 juta); SPAC (0.00 juta); perkhidmatan kewangan (79.01 juta); hartanah (309.90 juta); perladangan (78.51 juta); REIT (15.11 juta); dana tertutup (15,000); tenaga (525.03 juta); penjagaan kesihatan (56.02 juta); telekomunikasi dan media (32.56 juta); pengangkutan dan logistik (41.68 juta); dan utiliti (45.01 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X