Rabu, 27 March 2024 | 7:17pm
Gambar fail. NSTP/ASWADI ALIAS.
Gambar fail. NSTP/ASWADI ALIAS.

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring bursa serantau

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu berikutan sentimen pasaran jangka pendek yang kekal dalam kebimbangan di tengah-tengah prestasi global yang tidak menentu, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 7.82 mata kepada 1,530.60 daripada 1,538.42 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 1.91 mata lebih rendah kepada 1,536.51 dan bergerak di antara 1,528.52 dengan 1,536.58 sepanjang dagangan hari ini.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 645 berbanding 422, manakala 450 kaunter tidak berubah, 821 tidak diniagakan dan 74 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.75 bilion unit bernilai RM3.10 bilion daripada 3.83 bilion unit bernilai RM3.04 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, FBM KLCI ditutup lebih rendah selepas sesi dagangan yang suram seiring dengan prestasi pasaran serantau.

"Indeks serantau utama ditutup kebanyakannya lebih rendah menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan ucapan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell, yang boleh mempengaruhi keputusan Fed AS mengenai kadar faedah.

"Pelabur berharap Fed akan memulakan pengurangan kadar faedah utamanya pada Jun, dengan beberapa pihak mempertimbangkan kemungkinan ia bermula pada mesyuaratnya minggu depan," katanya kepada Bernama.

Di bursa tempatan, Thong menasihatkan pelabur untuk kekal berwaspada dengan peluang belian semasa harga rendah.

"Kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan dinigakan tidak berubah dengan kecenderungan meningkat dalam julat 1,530-1,540 menjelang akhir minggu," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing susut 4.0 sen kepada RM9.65, RM4.21 dan RM6.79, manakala Kumpulan CIMB menokok 5.0 sen kepada RM6.55 dan Tenaga Nasional meningkat 4.0 sen kepada RM11.24.

Bagi saham aktif, syarikat yang mula disenaraikan di pasaran, Zantat Holdings naik 12.5 sen kepada 37.5 sen, SP Setia dan Lambo Group masing-masing tidak berubah pada RM1.42 dan 3.0 sen,manakala Ekovest menambah 1.0 sen kepada 49.0 sen, dan Computer Forms merosot 1.0 sen kepada 14 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 35.61 mata kepada 11,525.98, Indeks FBMT 100 susut 33.78 mata kepada 11,172.54, Indeks FBM Syariah berkurangan 52.32 mata kepada 11,613.44, Indeks FBM ACE turun 67.29 mata kepada 4,842.73, manakala Indeks FBM 70 menokok 46.591 mata kepada 16,148.15.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 45.96 mata kepada 7,298.56 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 37.92 mata kepada 17,182.12.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.02 mata kepada 179.540 dan Indeks Tenaga menambah 4.74 mata kepada 942.99.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 2.19 bilion unit bernilai RM2.75 bilion daripada 2.39 bilion unit bernilai RM2.69 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 800.47 juta unit bernilai RM107.30 juta daripada 717.87 juta unit bernilai RM112.12 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 751.30 juta saham bernilai RM238.38 juta daripada 706.18 juta saham bernilai RM226.65 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 270.20 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (464.88 juta); pembinaan (281.39 juta); teknologi (152.30 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (103.33 juta); hartanah (504.64 juta); perladangan (36.35 juta); REIT (14.35 juta), dana tertutup (26,200); tenaga (165.77 juta); penjagaan kesihatan (39.34 juta); telekomunikasi dan media (47.74 juta); pengangkutan dan logistik (42.81 juta); dan utiliti (73.48 juta).

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Khamis bersempena dengan Nuzul Al-Quran.

Bursa dan anak syarikatnya akan menyambung semula operasi pada Jumaat.

– Bernama

Berita Harian X