Isnin, 25 March 2024 | 9:47pm
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 563 berbanding 461 - Gambar hiasan
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 563 berbanding 461 - Gambar hiasan

Tekanan jualan saham heret turun Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan tekanan jualan dalam kaunter telekomunikasi, perladangan dan perjudian.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 4.85 mata kepada 1,537.54 daripada paras penutup 1,542.39 pada Jumaat minggu lalu.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 2.16 mata kepada 1,540.23 dan bergerak dalam jajaran ketat antara paras 1,532.73 dan 1,540.23 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 563 berbanding 461, manakala 436 kaunter tidak berubah, 875 tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 3.59 bilion unit bernilai RM2.49 bilion daripada 5.08 bilion unit bernilai RM2.69 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI berdepan tekanan jualan apabila para pelabur mengalih tumpuan mereka kepada saham permodalan kecil dalam sektor pengangkutan dan logistik, hartanah dan pembinaan.

"Indeks utama serantau juga ditutup rendah apabila sentimen kekal berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi utama minggu ini termasuk Indeks Pengurus Pembelian China dan data inflasi Amerika Syarikat (AS)," katanya.

Pak Leng menasihati pelabur agar terus mengambil pendekatan berhati-hati dan menimbang perkembangan faktor luaran seperti peningkatan risiko pasaran dan ketidaktentuan dalam pasaran global.

"Kami menjangkakan FBM KLCI kekal stabil buat masa ini sehingga pemangkin baharu muncul.

"Oleh itu, kami menjangkan indeks tersebut diniagakan dalam jajaran 1,530-1,550 bagi minggu ini dengan paras sokongan segera pada 1,530 dan paras rintangan pada 1,560," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 3.0 sen kepada RM9.62, Public Bank tidak berubah pada RM4.24, manakala CIMB Group turun 5.0 sen kepada RM6.50, Tenaga Nasional susut 6.0 sen kepada RM11.50 dan Petronas Chemicals berkurangan 1.0 sen kepada RM6.78.

Dalam kalangan kaunter cergas, Velesto Energy dan TWL Holdings menokok setengah sen setiap satu masing-masing kepada 29 sen dan 3 sen, Eversendai Corporation naik 1.0 sen kepada 34 sen manakala Sapura Energy susut setengah sen kepada 4.0 sen dan Alpha IVF turun 1.0 sen kepada 31 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 14.11 mata kepada 11,540.99, Indeks FBMT 100 turun 15.53 mata kepada 11,188.65, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 20.75 mata kepada 11,631.23 manakala Indeks FBM 70 melonjak 59.17 mata kepada 16,029.87 dan Indeks FBM ACE naik 24.53 mata kepada 4,880.87.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 20.23 mata kepada 7,316.44, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.11 mata kepada 178.62 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 9.95 mata

kepada 17,178.93 manakala Indeks Tenaga menokok 5.03 mata kepada 939.37.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 2.36 bilon unit bernilai RM2.26 bilion daripada 3.35 bilion unit bernilai RM2.27 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 585.33 juta unit bernilai RM82.39 juta daripada 877.09 juta unit bernilai RM117.79 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE jatuh kepada 777.06 juta saham bernilai RM207.82 juta daripada 858.13 juta saham bernilai RM296.59 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 246.17 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (428.29 juta); pembinaan (293.54 juta); teknologi (154.99 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (94.97 juta); hartanah (421.14 juta); perladangan (71.03 juta); REITs (19.98 juta), dana tertutup (62,800); tenaga (384.29 juta); penjagaan kesihatan (53.91 juta); telekomunikasi dan media (35.05 juta); pengangkutan dan logistik (59.06 juta) dan utiliti (44.82 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X