Jumaat, 15 March 2024 | 6:58pm
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini - Gambar hiasan
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini - Gambar hiasan

Belian lewat saham terpilih bantu Bursa Malaysia melonjak

KUALA LUMPUR: Belian lewat dalam kaunter saham wajaran tinggi terpilih, didahului kaunter telekomunikasi dan media telah membantu Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini bagi hari kedua berturut-turut walaupun sentimen suram di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.08 mata kepada 1,552.83 daripada paras penutup 1,543.75 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 6.80 mata kepada 1,536.95 dan merosot pada 1,535.47 pada sesi awal dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 521 berbanding 474 manakala 518 kaunter tidak berubah, 810 tidak diniagakan dan 38 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.53 bilion unit bernilai RM4.82 bilion daripada 4.34 bilion unit bernilai RM2.76 bilion semalam.

Telekom Malaysia dan CelcomDigi adalah antara penyumbang utama kepada kenaikan dalam indeks penanda aras hari ini, meningkat 51 sen dan 12 sen setiap satu, masing-masing kepada RM6.50 dan RM4.41, menyumbang sebanyak 5.58 mata.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pasaran serantau utama ditutup rendah hari ini kerana sentimen pelabur terjejas oleh penjualan besar-besaran di Wall Street semalaman.

"Bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang meningkat, melepasi jangkaan telah meningkatkan kebimbangan mengenai kadar faedah yang lebih tinggi ditengah-tengah mesyuarat bank pusat yang akan berlaku, ia semakin mendapat perhatian," katanya kepada Bernama hari ini.

Di peringkat tempatan, beliau berkata jumlah dagangan harian yang semakin meningkat, memberi petunjuk positif dalam keseluruhan sentimen tempatan.

"Indeks penanda aras telah naik semula dan melebihi Purata Pergerakan Eksponen (EMA) 20 hari, hari ini.

"Walaupun FBM KLCI mengalami sedikit kenaikan dan EMA 20 hari dan 50 hari masing-masing menunjukkan tanda-tanda peningkatan, menunjukkan potensi berlaku peralihan ke arah aliran positif dalam sesi akan dagangan datang, kami menjangkakan keadaan pasaran yang tidak menentu pada masa depan," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, Maybank menambah 6.0 sen kepada RM9.71, Public Bank dan Tenaga Naisonal masing-masing naik 4.0 sen kepada RM4.27 dan RM11.60, CIMB melonjak 17 sen kepada RM6.61 dan Petronas Chemicals naik 3.0 sen kepada RM6.90.

Dalam kalangan kaunter cergas, Hong Seng dan TWL Holdings masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen dan 3.5 sen, manakala Powerwell susut 1.0 sen kepada 38 sen dan Mr DIY fell 2.0 sen to RM1.47.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 64.74 mata kepada 11,543.59, Indeks FBMT 100 meningkat 63.67 mata kepada 11,205.30, Indeks FBM Emas Shariah menokok 55.10 mata kepada 11,591.60, Indeks FBM 70 menambah 81.51 mata kepada 15,664.64 manakala Indeks FBM ACE jatuh 18.52 mata kepada 4,709.06.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 35.27 mata kepada 17,276.63, Indeks Perladangan merosot 23.41 mata kepada 7,292.35, Indeks Tenaga turun 1.77 mata kepada 916.0, bagaimanapun Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.79 mata kepada 176.89.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.87 bilion unit bernilai RM4.50 bilion daripada 3.0 bilion unit bernilai RM2.48 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.09 bilion unit bernilai RM131.42 juta berbanding 697.25 juta unit bernilai RM91.47 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 546.78 juta saham bernilai RM184.68 juta berbanding 622.46 juta saham bernilai RM187.89 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 353.38 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (418.72 juta); pembinaan (274.16 juta); teknologi (524.82 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (234.58 juta); hartanah (524.04 juta); perladangan (46.69 juta); REIT (22.50 juta), dana tertutup (65,000); tenaga (141.52 juta); penjagaan kesihatan (70.96); telekomunikasi dan media (75.36 juta); pengangkutan dan logistik (50.15 juta); dan utiliti (132.61 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X