Khamis, 26 Januari 2023 | 10:07pm
Petunjuk pasaran FBM KLCI jatuh 1.06 mata untuk ditutup pada 1,498.39 - Foto hiasan
Petunjuk pasaran FBM KLCI jatuh 1.06 mata untuk ditutup pada 1,498.39 - Foto hiasan

Bursa Malaysia susut lagi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah pada Khamis dipengaruhi oleh jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui sektor perkhidmatan kewangan, kata peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.06 mata untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya pada 1,498.39 daripada paras penutup 1,499.45 pada Rabu.

Petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 2.04 mata kepada 1,497.41 dan mencecah paras terendah pada 1,494.03 semasa sesi pertengahan pagi.

Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 565 berbanding 359, manakala 431 kaunter tidak berubah, 875 tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.75 bilion unit bernilai RM2.03 bilion berbanding 2.83 bilion unit bernilai RM1.68 bilion pada Rabu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI terus mencatatkan penurunan meskipun prestasi kukuh di pasaran serantau.

Namun begitu, kaunter untung yang mengatasi kaunter rugi menunjukkan bahawa terdapat beberapa sentimen positif di keseluruhan pasaran, katanya.

"Bursa Malaysia menongkah arus berbanding trend serantau yang mana indeks utama serantau kebanyakannya diniagakan tinggi dengan kenaikan kukuh di Hong Kong manakala pasaran China masih ditutup sehingga minggu depan.

"Kami percaya jualan dalam dua hari lepas menyediakan peluang baik bagi membeli saham berharga rendah berikutan penilaian rendah sekarang. FBM KLCI dijangka berlegar dalam jajaran 1,490 hingga 1,500 menuju ke hujung minggu," katanya.

Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 2.37 peratus kepada 22,566.78, Kospi Korea Selatan naik 1.65 peratus kepada 2,468.65 manakala Indeks Straits Times Singapura menokok 0.76 peratus kepada 3,378.31 manakala Nikkei 225 Jepun berkurangan 0.12 peratus kepada 27,362.75.

Di pasaran tempatan, dalam kalangan kaunter wajaran tinggi Bursa, Maybank turun tiga sen kepada RM8.78, Public Bank susut satu sen kepada RM4.28, CIMB jatuh enam sen kepada RM5.72, Petronas Chemicals menokok satu sen kepada RM8.51 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM9.52.

Dalam kalangan kaunter cergas, ATA IMS naik 10 sen kepada 39.5 sen, Velesto meningkat setengah sen kepada 22.5 sen, Cypark menokok 12 sen kepada 96 sen, manakala Sapura Energy dan Dataprep tidak berubah masing-masing pada lima sen dan 26.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 12.12 mata kepada 10,880.92, Indeks FBM Emas Shariah naik 37.17 mata kepada 11,149.13 dan Indeks FBM 70 menokok 60.60 mata kepada 13,679.47.

Indeks FBMT 100 menambah 5.06 mata kepada 10,554.10 dan Indeks FBM ACE meningkat 59.49 mata kepada 5,687.59.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 0.21 mata kepada 870.64, Indeks Perladangan naik 24.65 mata kepada 6,843.61 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.70 mata kepada 190.55, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 38.23 mata kepada 16,503.79.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.37 bilion saham bernilai RM1.62 bilion berbanding 1.98 bilion saham bernilai RM1.31 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 410.29 juta unit bernilai RM59.90 juta daripada 122.24 juta unit bernilai RM12.97 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 969.87 juta bernilai RM344.36 juta daripada 732.49 juta saham bernilai RM352.26 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 360.01 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (840.44 juta); pembinaan (98.53 juta); teknologi (291.51 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (49.95 juta); hartanah (147.77 juta); perladangan (33.51 juta); REITs (12.44 juta), dana tertutup (8,900); tenaga (351.08 juta); penjagaan kesihatan (92.14 juta); telekomunikasi dan media (31.71 juta); pengangkutan dan logistik (47.67 juta); dan utiliti (14.01 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X