Rabu, 21 Julai 2021 | 12:36pm
Harga minyak mulai terkesan dengan penularan varian Delta - Foto fail AFP
Harga minyak mulai terkesan dengan penularan varian Delta - Foto fail AFP

Harga minyak global susut

SINGAPURA: Harga minyak susut selepas peningkatan mengejutkan dalam stok simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan pelabur bimbang impak terhadap permintaan susulan penularan pantas varian Delta.

West Texas Intermediate susut 0.5 peratus pada awal dagangan di Asia, merosot semula selepas meningkat pada Selasa.

American Petroleum Institute melaporkan peningkatan 806,000 tong dalam inventori minyak mentah AS, demikian menurut sumber.

Peningkatan itu akan menjadi yang pertama sejak Mei jika ia disahkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga.

Menjelang pengeluaran data rasmi, kaji selidik Bloomberg menunjukkan pemerhati pasaran menjangkakan akan berlaku pengurangan.

Minyak mentah merosot selepas mencapai paras tertinggi sejak 2014 awal bulan ini ketika varian Delta meningkat di beberapa bahagian Asia serta turut tersebar di AS dan Eropah.

Cabaran itu sejajar dengan rancangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) untuk meningkatkan pengeluaran mulai Ogos.

Dalam kalangan bank, Goldman Sachs Group Inc memberi amaran bahawa minyak akan 'berputar' dan mengembalikan unjuran rali kepada AS$80 setong.

Perubahan terbaharu dalam pandemik COVID-19 memperlihatkan varian Delta kini merangkumi 83 peratus daripada semua kes di AS, meningkat berbanding 50 peratus pada awal Julai, menurut pihak berkuasa kesihatan.

Di Asia, langkah membendung diperluas di Hong Kong, sementara Singapura akan memperketat langkah mulaiesok.

-Bloomberg

Berita Harian X