Khamis, 2 Mei 2019 | 10:07pm
Kerajaan India menaikkan duti import minyak sawit mentah. - Foto hiasan
Kerajaan India menaikkan duti import minyak sawit mentah. - Foto hiasan

India naikkan duti import minyak sawit

NEW DELHI: Kerajaan India menaikkan duti import minyak sawit mentah (MSM) sebanyak AS$5 (RM20.7) setan metrik dan AS$9 (RM37.26) setan metrik ke atas olein sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD).

Tarif yang disemak semula ke atas MSM dan komoditi lain itu dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan India semalam.

Mengikut struktur duti baharu, harga import asas MSM adalah AS$545 setan metrik, minyak sawit RBD pada AS$577 (RM2,256) manakala olein sawit RBD pada AS$582 (RM2,409).

India adalah pengimport minyak sayuran terbesar di dunia dengan keperluan bulanannya berjumlah 1.9 juta tan metrik.

Malaysia dan Indonesia adalah pembekal minyak sawit utama bagi negara itu.

Menurut data industri, Import minyak sawit India pada Mac berjumlah 802,443 tan metrik, 6.7 peratus lebih tinggi berbanding Februari. - BERNAMA

Berita Harian X