Selasa, 2 April 2019 | 6:55pm

Belian berterusan tingkat Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Belian berterusan ke atas saham wajaran tinggi terpilih, yang didorong oleh data yang menunjukkan pemulihan dalam sektor perkilangan China, mengangkat Bursa Malaysia pada penutupan Selasa.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,632.83, meningkat 4.17 mata berbanding 1,628.66 pada penutupan semalam.

Indeks dibuka 5.17 mata lebih tinggi pada 1,633.83 dan bergerak antara 1,630.98 dan 1,639.32 sepanjang hari.

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 433 berbanding 363, manakala 444 kaunter tidak berubah, 616 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.76 bilion unit bernilai RM1.97 bilion berbanding 2.63 bilion unit bernilai RM1.97 bilion.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan melantun daripada kerugian semalam berikutan data menggalakkan yang menunjukkan aktiviti pembuatan China telah kembali mencatat pertumbuhan selepas penguncupan selama tiga bulan.

“Malah, indeks pengurus pembelian di seluruh Asia memperlihatkan angka yang lebih baik. Ini, ditambah dengan aliran meningkat di pasaran saham AS dan harga minyak mentah yang lebih tinggi, juga mempengaruhi pasaran (saham),” katanya.

Antara lain, kaunter berkaitan kewangan menerima minat belian yang tinggi hari ini, sekali gus meningkatkan indeks.

Public Bank melonjak 22 sen kepada RM22.70, CIMB naik empat sen kepada RM5.12, Hong Leong meningkat lapan sen kepada RM20.60 manakala Maybank menambah lima sen kepada RM9.25. Kaunter-kaunter ini menyumbang 3.41 mata kepada indeks komposit.

Harga minyak mentah yang lebih tinggi, yang didagangkan pada AS$69.42 setong (naik 0.59 peratus), juga menyediakan sokongan kepada syarikat minyak dan gas di bursa.

Bagi saham wajaran tinggi lain, PetChem turun dua sen kepada RM9.10, Tenaga turun empat sen kepada RM12.58 dan IHH susut 1.5 sen kepada RM5.42, namun Maxis meningkat 16 sen kepada RM5.53.

Antara saham aktif, Sapura Energy dan Hibiscus Petroleum masing-masing meningkat satu sen kepada 35.3 sen dan RM1.10 manakala Perdana Petroleum menokok 1.5 sen kepada 28.5 sen dan Dynaciate menambah setengah sen kepada sembilan sen.

Indeks FBM Emas menokok 30.64 mata kepada 11,511.04, Indeks FBM Emas Shariah menambah 5.92 mata kepada 11,678.86, manakala FBMT 100 menambah 29.68 mata kepada 11,357.98.

Indeks FBM Ace meningkat 13.17 mata kepada 4,837.11 dan FBM 70 menambah 39.88 mata kepada 14,254.75.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri merosot 0.14 mata kepada 168.61, Indeks Perladangan turun 6.10 mata kepada 7,182.04 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 84.27 mata kepada 16,821.64.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2 bilion saham bernilai RM1.80 bilion.

Jumlah dagangan waran susut kepada 407.85 juta unit bernilai RM88.01 juta berbanding 413.77 juta unit bernilai RM87.86 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 354.18 juta saham bernilai RM82.89 juta berbanding 277.44 juta saham bernilai RM58.07 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 244.91 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (323.98 juta), pembinaan (141.63 juta), teknologi (112.61 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (40.84 juta) 143.50 juta), perladangan (38.08 juta), REITs (13.05 juta), dana tertutup (16,100), tenaga (805.03 juta), penjagaan kesihatan (38.41 juta), telekomunikasi dan media (33.13 juta) , dan utiliti (16.87 juta).

– BERNAMA

Berita Harian X