Selasa, 12 March 2019 | 1:08pm
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.45 mata kepada 1,672.08 mata pada rehat tengah hari.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.45 mata kepada 1,672.08 mata pada rehat tengah hari.

Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Saham-saham di Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari, menjejaki prestasi tinggi bursa serantau, selepas ditutup pada paras terendah harian semalam, susulan tekanan jualan pada saat-saat akhir.

Pada rehat tengah hari, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.45 mata kepada 1,672.08 berbanding 1,664.63 pada penutupan Isnin. Ia dibuka 3.33 mata lebih tinggi pada 1,667.96.

Indeks bergerak antara 1,664.63 dan 1,666.84 di sepanjang dagangan pagi.

Kedudukan pasaran positif hari ini dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 445 berbanding 285, manakala 365 kaunter tidak berubah, 809 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.72 bilion saham bernilai RM1 bilion.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank menokok tiga sen kepada RM9.50, PBBank menambah 16 sen kepada RM24.36, PChem melonjak empat sen kepada RM9.24, namun Tenaga susut dua sen kepada RM12.60.

Antara saham aktif, Sapnrg menambah satu sen kepada 32.5 sen, Velesto meningkat 2.5 sen kepada 30.5 sen, MyEG menokok lapan sen kepada RM1.31, manakala Armada meningkat 1.5 sen kepada 18 sen.

Indeks FBM Emas menambah 61.68 mata kepada 11,698.35, FBMT 100 meningkat 59.89 mata kepada 11,548.18 dan FBM 70 melonjak 107.88 mata kepada 14,157.97, manakala Indeks FBM Emas Shariah menokok 55.78 mata kepada 11,705.74.

Indeks FBM Ace meningkat 52.32 mata kepada 4,734.65.

Berdasarkan sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 86.02 mata kepada 17,400.33, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.02 mata kepada 169.70, namun Indeks Perladangan susut 4.16 mata kepada 7,246.38.

-BERNAMA

Berita Harian X