Selasa, 26 Februari 2019 | 9:47am

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan kekurangan pemangkin.

Pada jam 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,723.16, susut 1.42 mata daripada penutup Isnin 1,724.58.

Indeks itu dibuka 0.99 mata lebih tinggi kepada 1,725.57.

Maybank Investment Bank berkata, disebabkan harga minyak lebih lemah, aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan baru-baru ini dijangka akan berterusan pada hari ini, terutama pada saham rendah

"Kami menjangkakan FBM KLCI akan bergerak antara paras 1,710 dan 1,730 hari ini manakala sokongan pada 1,705 dan 1,681," katanya.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 188 berbanding 104, manakala 202 kaunter tidak berubah, 1,387 tidak diniagakan dan 58 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 214.25 juta saham bernilai RM98.39 juta.

-- BERNAMA

Berita Harian X