Rabu, 14 November 2018 | 11:05am
PASARAN minyak didagangkan rendah awal hari ini. - Foto hiasan
PASARAN minyak didagangkan rendah awal hari ini. - Foto hiasan

Minyak mentah didagangkan rendah

SINGAPURA: Pasaran minyak didagangkan rendah awal hari ini selepas susut tujuh peratus pada sesi sebelumnya, dengan bekalan melonjak dan permintaan yang berkurangan menyebabkan pelabur berhati-hati.

Kontrak minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) didagangkan AS$55.54 setong pada 0159 GMT, turun 15 cent daripada penyelesaian terakhir.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 4 cent kepada AS$65.51 setong. Pasaran turun lebih tujuh peratus pada hari sebelumnya.

Minyak mentah susut lebih satu perempat daripada nilainya sejak awal Oktober, penurunan terbesar sejak harga komoditi itu menjunam pada 2014.

Pasaran minyak sedang mengalmi tekanan daripada peningkatan bekalan dan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi.

Hasil minyak mentah AS daripada tujuh loji utama dijangka mencecah 7.94 juta tong sehari pada Disember, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA). - Reuters

Berita Harian X