KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengumumkan kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap kesemua yuran dikenakan pengendali bursa saham itu dan anak syarikatnya berkuatkuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Bursa Malaysia menyebut, langkah itu adalah menurut pengumuman oleh Kementerian Kewangan dan terbitan Arahan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pindaan) 2018 dengan kadar sifar GST berkuatkuasa 1 Jun.
Perubahan itu terpakai sehingga diberitahu kelak
- BERNAMA