Khamis, 24 Mei 2018 | 10:11am

Bursa dibuka tinggi, namun susut selepas diniagakan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, namun berundur berikutan aktiviti berterusan jualan dalam saham berwajaran tinggi terpilih dan di tengah-tengah sentimen bercampur-campur dalam kalangan rakan serantau, kata peniaga.

Pada 9.34 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 29.24 mata lebih rendah pada 1,775.01 daripada penutup 1,804.25 pada Rabu.

Indeks dibuka 4.07 mata lebih tinggi pada 1,808.32.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 599 berbanding 64, manakala 191 kaunter tidak berubah, 1,053 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 588.13 juta unit bernilai RM450.93 juta.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank turun 62 sen kepada RM10.06, Public Bank susut 40 sen kepada RM24.70, Petronas Chemicals turun sembilan sen kepada RM8.25, TNB susut 14 sen kepada RM14.80 dan CIMB susut 12 sen kepada RM6.10 .

Bagi saham aktif, MyEG turun 14 sen kepada 77.5 sen, Sapura Energy dan Hibiscus Petroleum masing-masing turun 3.5 sen kepada 68 sen dan 92 sen manakala Priceworth International memperoleh setengah sen kepada 22.5 sen.

Indeks FBM Emas merosot 213.06 mata kepada 12,367, Indeks FBMT 100 turun 206.12 mata kepada 12,176.65 dan Indeks FBM Emas Shariah hilang 163.26 mata kepada 12,417.72.

FBM 70 turun 265.85 mata kepada 14,571.21 dan FBM Ace turun 104.35 mata kepada 5,116.71.

Sektor lain, Indeks Kewangan turun 484.53 mata kepada 17,660.67, Indeks Perladangan menguncup 27.56 mata kepada 7,853.86 dan Indeks Perindustrian turun 58.96 mata kepada 3,172.91.

- BERNAMA

Berita Harian X