X
Isnin, 26 March 2018 | 10:16am
RINGGIT mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat pada sesi dagangan pagi disebabkan peningkatan permintaan. - Foto hiasan
RINGGIT mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat pada sesi dagangan pagi disebabkan peningkatan permintaan. - Foto hiasan

Ringgit mengukuh

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan pagi disebabkan peningkatan permintaan, kata peniaga.

Pada 9.07 pagi, ringgit disebut pada harga 3.9120/9170 daripada 3.9150/9200 penutup Jumaat.

Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes, berkata retorik perang perdagangan masih berlegar pada hujung minggu dan dijangka terus memberi kesan kepada pasaran saham tempatan.

"Dolar terus didagangkan lebih lemah, di tengah-tengah pengukuhan pasaran minyak mentah yang memberikan sokongan, tetapi dengan peniaga cuba memahami implikasi sebenar ke atas pasaran mata wang," katanya kepada BERNAMA.

Innes berpandangan ringgit akan terus mengekalkan kedudukan defensif.

Ringgit lebih rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9778/9830 daripada 2.9756/9799 Jumaat, tetapi mengukuh berbanding yen pada 3.7268/7326 daripada 3.7318/7383.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.5386/5473 daripada 5.5170/5248 dan susut berbanding euro kepada 4.8372/8445 daripada 4.8245/8318. - BERNAMA

Berita Harian X