Rabu, 28 Februari 2018 | 8:02pm

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua berturut-turut hari ini berikutan kekurangan minat belian memandangkan Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak lebih tiga kali tahun ini, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan disebut pada 3.9150/9190 berbanding dolar AS daripada 3.9060/9100 pada Selasa.

Penganalisis Penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga, berkata dolar AS mendapat sokongan keyakinan​​​​​​​ baharu semalam selepas Pengerusi Fed, Jerome Powell menunjukkan optimistik mengenai prestasi baik​​​​​​​ ekonomi AS yang kekal kukuh walaupun berlaku ketidaktentuan pasaran saham baru-baru ini.

"Kenyataan memihak kepada kadar faedah tinggi ini bukan sahaja mengukuhkan jangkaan pasaran mengenai kenaikan kadar faedah pada Mac malah mencetuskan spekulasi bahawa Fed mungkin menaikkan kadar itu sebanyak empat kali tahun ini," katanya dalam nota hari ini.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Nota tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9583/9624 daripada 2.9613/9646 pada Selasa, serta naik berbanding pound kepada 5.4383/4462 daripada 5.4500/4560.

Ringgit stabil berbanding euro kepada 4.7837/7898 daripada 4.8161/8222 semalam namun rendah berbanding yen kepada 3.6551/6606 daripada 3.6488/6539.

-BERNAMA

Berita Harian X