Isnin, 4 Disember 2017 | 8:11pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, diheret turun oleh aktiviti jualan saham wajaran tinggi, diketuai Sime Darby Plantation dan CIMB.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,713.13, susut 4.73 mata berbanding 1,717.86 pada penutupan Khamis lalu.

Indeks yang dibuka 0.12 mata lebih rendah pada 1,717.98, turun naik antara 1,709.17 dan 1,727.99 di sepanjang hari.

Kedudukan pasaran secara menyeluruh lemah dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 661 berbanding 286 manakala 337 kaunter tidak berubah, 559 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung,

Sime Darby Plantation susut 16 sen kepada RM4.85, CIMB dan Maxis masing-masing susut 10 sen kepada RM5.95 dan RM5.83, manakala IJM Corp turun 19 sen kepada RM2.90.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.80 bilion unit bernilai RM2.57 bilion berbanding 2.47 bilion unit bernilai RM6.03 bilion Khamis lalu.

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti umum Maulidur Rasul.

"Ringgit lebih tinggi hari ini, yang menunjukkan kemasukan dana asing yang baik dalam pasaran ekuiti, namun kedudukan secara menyeluruhnya lemah. Saya jangkakan pelabur tempatan mengurangkan kedudukan masing-masing menjelang akhir tahun," kata peniaga.

Pada 5 petang, ringgit meningkat ketara berbanding dolar US kepada 4.0600/0630 daripada 4.0875/0915 Khamis lepas.

Saham wajaran tinggi lain, TNB melonjak 12 sen kepada RM15.58, Public Bank meningkat 10 sen kepada RM20, Petronas Chemicals menokok tiga sen kepada RM7.43 dan Maybank tidak berubah pada RM9.25.

Bagi kaunter aktif, Sime Darby meningkat 12 sen kepada RM2.30, Green Packet menokok 1.5 sen kepada 42.5 sen, DGB Asia tidak berubah pada 14 sen sen, Berjaya Corp turun dua sen kepada 35.5 sen manakala Hubline dan China Stationery masing-masing merosot setengah sen kepada 11 sen dan satu sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas merosot 48.49 mata kepada 12,359.82, Indeks FBMT 100 turun 44.72 mata kepada 12,024.74, Indeks FBM Emas Syariah merosot 80.66 mata kepada 12,839.49 manakala Indeks FBM 70 turun 99.82 mata kepada 15,340.66.

FBM Ace merosot 72.75 mata kepada 6,238.88.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 22.94 mata kepada 15,903.39, Indeks Perladangan turun 30.42 mata kepada 7,863.77 dan Indeks Perusahaan susut 9.27 mata kepada 3,163.62.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.20 bilion unit bernilai RM2.47 bilion berbanding 1.83 bilion unit bernilai RM5.94 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat sedikit kepada 395.17 juta saham bernilai RM66.35 juta berbanding 348.22 juta saham bernilai RM63.38 juta yang direkodkan sebelumnya.

Jumlah waran merosot kepada 200.50 juta unit bernilai RM32.33 juta berbanding 287.43 juta unit bernilai RM26.37 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 105.32 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (240.66 juta), pembinaan (52.67 juta), perdagangan dan perkhidmatan (470.72 juta), teknologi (73.97 juta), infrastruktur (6.94 juta), SPAC (1.17 juta), kewangan (65.37 juta), hotel (1.26 juta), hartanah (133.89 juta), perladangan (43.65 juta), perlombongan (80,400), REIT (6.79 juta) dan dana tertutup (95,500). - BERNAMA

Berita Harian X