Khamis, 21 September 2017 | 2:01pm

Bursa ditutup rendah tengah hari

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi apabila sentimen bertukar lemah walaupun dagangan tidak banyak berubah.

Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.89 mata kepada 1,772.69 berbanding 1,773.58 pada penutupan semalam.

Indeks dibuka 1.87 mata lebih tinggi pada 1,775.45.

Kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 439 berbanding 278, manakala 372 kaunter tidak berubah, 750 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.07 bilion saham bernilai RM1.17 bilion.

Seorang peniaga berkata, pasaran masih dalam mod lemah, dengan beberapa petunjuk yang tidak membantu, selain belian baharu yang suram.

"Kami menjangkakan trend pasaran yang lemah ini akan berterusan ketika aktiviti pengambilan untung terus berlaku," katanya.

Indeks FBM Emas susut 6.44 mata kepada 12,637.68, Indeks FBMT 100 turun 5.199 mata kepada 12,289.48, Indeks FBM Emas Shariah susut 0.28 mata kepada 12,845.05, FBM Ace turun 39.34 mata kepada 6,638.28 manakala FBM 70 susut 2.601 mata kepada 15,111.22.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 4.359 mata kepada 16,746.74, manakala Indeks Perladangan susut 7.6 mata kepada 7,917.74 dan Indeks Perusahaan susut 5.76 mata kepada 3,226.6.

Bagi kaunter wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM9.48, namun TNB tidak berubah pada RM14.50.

Public Bank menambah dua sen kepada RM20.62, Sime Darby susut tiga sen kepada RM9.16 manakala Petronas Chemicals meningkat satu sen kepada RM7.30.

Antara kaunter aktif, Hibiscus susut 3.5 sen kepada 61.5 sen, manakala KNM tidak berubah pada 28.5 sen.

UMW O&G dan Sino Hua-an msing-msing menambah setengah sen kepada 35.5 sen dan 24 sen manakala Trive menokok 2.5 sen kepada 15.5 sen. - BERNAMA

Berita Harian X