Selasa, 19 September 2017 | 2:32pm

Saham KL ditutup dalam jajaran negatif akhir dagangan pagi

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia ditutup dalam jajaran negatif pada akhir dagangan pagi ini, ekoran tiada minat membeli yang kukuh, kata peniaga.

Pada 11 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.57 mata kepada 1,781.09, berbanding 1,783.66 pada penutupan semalam.

Indeks penanda aras dibuka 0.02 mata lebih tinggi pada 1,783.66.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 441 berbanding 287, manakala 351 kaunter tidak berubah, 758 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.19 bilion saham bernilai RM781.29 juta.

Seorang peniaga berkata, peserta pasaran enggan bertindak lebih agresif dalam belian kerana bimbangkan tekanan jualan.

"Mereka mula melihat persekitaran pasaran semasa dan trendnya sebelum memutuskan untuk melabur," katanya.

Indeks FBM Emas susut 16.56 mata kepada 12,682.2, FBM 70 turun 13.25 mata kepada 15,159.76, Indeks FBMT 100 susut 16.101 mata kepada 12,343.1,

Indeks FBM Emas Shariah turun 23.601 mata kepada 12,862.47, manakala FBM Ace susut 49.33 mata kepada 6,649.97.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 0.869 mata kepada 16,835.54, manakala Indeks Perladangan susut 24.93 mata kepada 7,953.33 dan Indeks Perusahaan turun 3.89 mata kepada 3,232.69.

Bagi saham wajaran tinggi, TNB dan Sime Darby masing-masing turun dua sen kepada RM14.56 dan RM9.17 serta CIMB turun lima sen kepada RM6.64, manakala Maybank tidak berubah pada RM9.80.

Public Bank menambah dua sen kepada RM20.60.

Antara kaunter aktif, Hubline menambah setengah sen kepada 6.5 sen dan Scomi meningkat 2.5 sen kepada 18.5 sen.

Vizione turun setengah sen kepada 15 sen dan MQ Technology serta Sino Hua-an, masing-masing turun satu sen kepada 6.5 sen dan 24.5 sen. - BERNAMA

Berita Harian X