Selasa, 22 Ogos 2017 | 10:52am
- Gambar hiasan. - Foto NSTP/Ramdzan Masiam
- Gambar hiasan. - Foto NSTP/Ramdzan Masiam

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pada awal dagangan hari ini, berikutan harga minyak mentah yang kukuh.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2820/2870 berbanding dolar AS daripada penutup 4.2855/2885, pada Isnin.

Seorang peniaga berkata, kejatuhan inventori minyak mentah AS ditambah langkah OPEC mengurangkan pengeluaran membantu menaikkan harga minyak mentah.

Penanda aras semalaman minyak mentah Brent, naik 12 cents kepada AS$51.78 setong.

Selain itu katanya, ketegangan geopolitik di Korea Utara dan menjelang simposium tahunan perbankan pusat oleh Rizab Persekutuan dua hari lagi, turut melemahkan dolar.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1458/150 daripada 3.1439/1466 pada Isnin, jatuh berbanding pound kepada 5.5268/5341 berbanding 5.5172/5232 pada penutup Isnin dan berbanding euro ia susut kepada 5.0605/0681 daripada 5.0307/0347, semalam.

Ringgit bagaimanapun naik berbanding yen kepada 3.9205/9262 daripada 3.9309/9348 semalam. - BERNAMA

Berita Harian X