Khamis, 3 Ogos 2017 | 5:22pm
NUR Diana SM Nasimuddin (kiri) dan Nur Nadia SM Nasimuddin Kamal pada majlis pelancaran portal MySmink di Menara Naza. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
NUR Diana SM Nasimuddin (kiri) dan Nur Nadia SM Nasimuddin Kamal pada majlis pelancaran portal MySmink di Menara Naza. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

mySMINK, portal kecantikan terbesar Malaysia dilancarkan

SEKITAR majlis pelancaran portal MySmink di Menara Naza. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
SEKITAR majlis pelancaran portal MySmink di Menara Naza. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KUALA LUMPUR: Portal kecantikan dalam talian, mySMINK dilancarkan hari ini.

MySMINK, yang dibangunkan Beauty Luxe Sdn Bhd, adalah hasil buah fikiran dua beradik, Nur Nadia SM Nasimuddin dan Nur Diana SM Nasimuddin, yang berkongsi keghairahan terhadap aspek kecantikan.

Idea penubuhan platform dalam talian yang menggabungkan jenama produk kecantikan terbaik dari Malaysia itu dicetuskan pada awal tahun dan laman web itu dihidupkan pada akhir Mei 2017.

Pengarah dan Pengasas Bersama, Nur Nadia, berkata wawasan mySMINK bukan sekadar untuk menjual produk, tetapi turut memberi maklumat dan panduan bagaimana memanfaatkan yang terbaik daripada setiap pembelian.

Beliau berkata, sasaran mySMINK ialah membangunkan komuniti kecantikan dalam taliannya sendiri, dan memberi khidmat kepada pelanggan dengan maklumat produk, ketelusan dan pendidikan.

"Kami mahu menyediakan platform terbaik bagi alat solek, penjagaan kulit, peralatan kecantikan dan petua kecantikan kepada pelanggan.

"Dengan mySMINK, kami mensasar membawa masuk semua jenama alat solek tempatan dalam platform dalam talian tunggal, menjadikannya mudah diakses.

"Dengan pelancaran mySMINK, jenama tempatan kini boleh diakses dengan mudah di mana saja di seluruh dunia," kata Nur Nadia.

Beliau berkata demikian pada majli spelancaran portal itu di sini hari ini.

Nur Nadia berkata, mySMINK juga adalah satu platform yang memberikan jenama kecantikan tempatan peluang meraih akses meluas ke seluruh dunia.

Hab sehenti itu menampilkan 40 jenama kecantikan tempatan yang menawarkan kepelbagaian produk.

MySMINK juga adalah pengedar dalam talian ekslusif bagi produk Madame Izara yang diasaskan pelakon dan selebriti Izara Aishah.

Terdapat juga kategori khas bagi produk yang mendapat pensijilan halal daripada JAKIM atau badan pengesah sijil halal antarabangsa.

Nur Nadia berkata, pelaburan awal dalam mySMINK ialah RM1 juta, manakala unjur jualan purata tahunan RM2 juta dengan marjin keuntungan bersih sekitar 12 peratus.

Falsafah di mySMINK ialah memastikan pengalaman beli belah yang menyeronokkan, berinspirasi dan mudah bagi peminat produk kecantikan di seluruh dunia.

Selain membolehkan pengguna mySMINK menerokai persolekan terbaik, penjagaan kulit dan badan, ia juga menawarkan panduan kepada pelanggan cara dan panduan bersolek, sekali gus menjadikan mySMINK pusat kecantikan wanita.

Berita Harian X