Rabu, 15 Mei 2024 | 11:47am
Argentina sedang dilanda krisis ekonomi yang buruk - Foto AFP
Argentina sedang dilanda krisis ekonomi yang buruk - Foto AFP

Kadar inflasi di Argentina melonjak hampir 290 peratus

BUENOS AIRES: Kadar inflasi tahunan di Argentina meningkat kepada 289.4 peratus, demikian pejabat perangkaan negara Indec, lapor berita agensi berita dpa.

Harga di negara Amerika Selatan itu, yang dilanda krisis ekonomi yang buruk, meningkat sebanyak 8.8 peratus pada April, umum Indec.

Kos perumahan, gas, air dan elektrik meningkat dengan mendadak. Bagaimanapun, ia adalah kali pertama sejak Oktober kadar inflasi bulanan kekal dalam satu angka.

Argentina berada di tengah-tengah krisis ekonomi yang teruk.

Kerajaan Presiden Javier Milei baru-baru ini memberhentikan ribuan pekerja dalam sektor awam, mengurangkan subsidi dan menamatkan program sosial yang mencetuskan demonstrasi.

Pengkritik berkata, program penjimatan Milei menjerumuskan ramai orang ke dalam kemiskinan dan meletakkan masa depan negara dalam bahaya.

Kira-kira 40 peratus penduduk di negara yang dahulunya kaya itu hidup di bawah paras kemiskinan.

Ekonomi kedua terbesar di Amerika Selatan itu mengalami masalah perbelanjaan negara yang melambung, produktiviti perindustrian yang rendah dan ekonomi bayangan yang besar sehingga menyebabkan negara kehilangan banyak hasil cukai.

-BERNAMA-dpa

Berita Harian X