Rabu, 20 March 2024 | 5:06pm
Stesen pengecas super Tesla di Gamuda Gove - Gambar ihsan Tesla Malaysia
Stesen pengecas super Tesla di Gamuda Gove - Gambar ihsan Tesla Malaysia

Gamuda Cove lokasi stesen pengecas super terbesar Tesla di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR: Tesla melancarkan stesen pengecas super terbesarnya di Asia Tenggara yang ditempatkan di Gamuda Cove, Selangor.

Tesla Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pelancaran kemudahan terkini itu adalah dedikasi jenama itu untuk mempercepatkan peralihan kepada tenaga lestari.

"Kami bekerjasama dengan Gamuda Land Bhd untuk ntuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi, bandar pintar dan mampan dengan menawarkan sebanyak enam pengecas super dan 18 pengecas destinasi di Gamuda Cove.

"Kerjasama antara Tesla dan Gamuda Land menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan mengecas kenderaan elektrik di kawasan berkenaan," katanya.

Tesla Malaysia berkata, ia komited untuk membina lebih banyak infrastruktur pengecasan dan mengembangkan rangkaian pengecas di Malaysia.

"Lebih banyak stesen pengecasan Tesla akan beroperasi tidak lama lagi dalam beberapa bulan akan datang," katanya.

Berita Harian X