Isnin, 4 Disember 2023 | 1:49pm
U Biz 98 Terunggul 5G membolehkan peniaga memanfaatkan 5G secara menyeluruh. - FOTO U Mobile
U Biz 98 Terunggul 5G membolehkan peniaga memanfaatkan 5G secara menyeluruh. - FOTO U Mobile

U Biz 98 Terunggul 5G, pelan pilihan bijak untuk perniagaan

Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan tulang belakang negara apabila ia berjaya menyumbang 97.2 peratus kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Bagaimanapun, PKS masih menghadapi cabaran bersaing dalam pasaran tempatan dan global atas faktor kekurangan pengetahuan dalam strategi meningkatkan prestasi perniagaan mereka.

Satu daripada cara untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing PKS adalah dengan memperkenalkan teknologi dalam operasi harian mereka.

Dengan peralihan model pelaksanaan 5G ketika ini, teknologi pemasaran seperti media sosial atau perniagaan atas talian mampu mengembangkan lagi pasaran syarikat tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.

Sebagai contoh, banyak pemilik perniagaan terutamanya restoran menawarkan Wi-Fi percuma di tempat mereka.

Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan jualan melalui perkongsian gambar atau video makanan pelanggan di media sosial seterusnya memberikan pemasaran percuma untuk peniaga.

Justeru, pendigitalan perniagaan amat penting dalam meningkatkan jualan terutamanya dalam ekosistem digital yang berkembang pesat.

Penyelesaian 5G untuk perniagaan

Pada masa kini, menggunakan Internet mudah alih untuk keseluruhan perniagaan adalah tidak realistik kerana batasan kapasiti 4G lebih mahal berbanding Internet rumah atau perniagaan biasa.

Bagaimanapun, 5G mampu mengubahnya dengan keupayaan jalur lebar yang lebih luas.

Dengan rangkaian pejabat 5G, PKS dapat menguruskan keperluan seluruh pejabat secara realistik tanpa menanggung kos tidak masuk akal.

Bukan itu sahaja, 5G juga mampu memberikan akses Internet berkelajuan tinggi ke kawasan di mana ia tidak tersedia sebelumnya, seterusnya membantu PKS dalam memperoleh pelanggan dan berkembang ke pasaran baharu.

Sebagai tanda komited dalam menyokong dan memperkasakan PKS, U Mobile Biz menawarkan Pakej 5 Talian U Biz 98 Terunggul 5G, satu pakej komprehensif dengan lima talian Premium Pascabayar Biz pada separuh harga, hanya RM50 sebulan untuk setiap talian (asalnya RM98/bulan).

Kini, pemilik perusahaan boleh memanfaatkan sepenuhnya potensi 5G, membawa kepada era baharu kecekapan, inovasi dan pertumbuhan.

Bukan itu sahaja, pakej ini juga membuka peluang kepada PKS untuk mengembangkan dan bertukar kepada rangkaian 5G yang sangat pantas tanpa kos tambahan.

Capaian Internet yang laju

Capaian Internet yang laju dan stabil bukan sahaja penting untuk urusan perniagaan yang lancar dan efisien, bahkan mampu meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos operasi melalui penggunaan perisian dan sistem pengurusan yang lengkap.

Dengan Pakej 5 Talian U Biz 98 Terunggul 5G, pemilik perniagaan kini boleh menikmati sambungan Internet 5G berkelajuan tinggi 1,000GB yang tiada tandingan untuk semua keperluan Internet mereka tanpa had serta kelajuan Ultra Hotspot 5G untuk semua peranti.

Perantauan global percuma dan panggilan masuk di 63 destinasi

Dalam memastikan komunikasi yang lancar antara pihak berkepentingan ketika urusan perniagaan di luar negara, U Biz 98 Terunggul 5G turut menawarkan perantauan global percuma membolehkan anda kekal terhubung di 63 destinasi.

Pakej ini turut disertakan dengan dua telefon pintar 5G baharu secara percuma, sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan syarikat dan memberi kemudahan serta manfaat kepada perniagaan anda tanpa apa-apa bayaran tambahan.

Selain itu, U Mobile turut menawarkan pelan U Biz 5G OFFICE yang direka untuk memenuhi keperluan syarikat anda, tanpa mengira saiz perniagaan baharu atau mampan.

Untuk mengendalikan pelbagai peranti yang digunakan, syarikat akan memerlukan sambungan Internet yang lebih kuat dengan kelajuan yang lebih pantas.

Justeru, dengan Jalur Lebar 5G Tanpa Had U Biz 5G OFFICE, perniagaan anda boleh menikmati Internet berkelajuan seperti gentian, membolehkan kakitangan anda berfungsi pada kapasiti tertinggi tanpa bimbang tentang mengalami sambungan perlahan.

Menyedari bahawa dalam dunia korporat, masa adalah wang, U Biz 5G OFFICE menyediakan fleksibiliti dan kemudahan yang menakjubkan.

Melangkau semua formaliti yang memakan masa, keahlian U Biz 5G tidak memerlukan komitmen kontrak, sekali gus memberi syarikat anda kebebasan yang tiada tandingan dan membolehkan anda menggunakan rangkaian 5G dengan tepat selama yang diperlukan.

Selain itu, dengan penyelesaian plug-and-play tanpa wayar, dengan U Biz 5G OFFICE, kini anda boleh mengakses data dengan pantas dan mudah tanpa memerlukan janji temu.

Dapatkan pelan U Biz Terunggul hari ini dan nikmati kepantasan dalam mengembangkan perniagaan anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari u.com.my/bundle.

#UMobileBiz #UnbeatableUBiz #UBiz5GOFFICE

Berita Harian X