Khamis, 30 November 2023 | 4:32pm
Pei Yan (kanan) bersama suami yang juga Pengarah Urusan Visionary Solutions, Ooi Kah Hin.
Pei Yan (kanan) bersama suami yang juga Pengarah Urusan Visionary Solutions, Ooi Kah Hin.

Visionary Solutions terus edar peralatan rumah berkualiti

PETALING JAYA: Tertekan dengan bebanan kerja rumah sepanjang membesar mendorong Lim Pei Yan dan suami, Ooi Kah Hin untuk membuka syarikat pengedaran peralatan rumah berkualiti tinggi, Visionary Solutions Sdn Bhd (Visionary Solutions) 19 tahun lalu.

Lim Pei Yan selaku Pengarah Eksekutifnya, berkata pada zaman dahulu semua orang perlu menggosok baju dan membersihkan rumah sendiri.

Namun, peralatan rumah yang ada hanyalah vakum yang mengeluarkan bau kurang menyenangkan dan menghasilkan bunyi bising sehingga mengganggu penghuni di rumah.

"Selepas mendirikan rumahtangga dan berpeluang untuk melancong, kami tertarik dengan beberapa jenama peralatan rumah berkualiti tinggi yang dijual di sana seperti Laurastar.

"Selepas menggunakannya selama hampir setahun, kami mengambil keputusan untuk mengedarkannya di Malaysia kerana kagum dengan teknologi dan tahap efisien yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan rumah harian," katanya kepada BH Online ketika temubual eksklusif di ibu pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Laurastar dilengkapi dengan semua inovasi teknologi terkini sistem gosokan seperti penderia gerakan dan ketersambungannya bagi memastikan pengguna mendapat hasil yang sempurna.

Fabrik yang digosok lebih licin dan tahan lebih lama dengan gabungan meja seterika aktif Laurastar, penjana wap dan seterika profesional yang mampu menghilangkan lipatan serta kedutan.

Pei Yan berkata, beliau hairan kenapa jenama Laurastar tidak dipasarkan di Malaysia pada ketika itu, justeru dia dan suami mula melakukan jualan langsung pintu ke pintu untuk berkongsi kehebatan teknologi Laurastar dan melakukan demonstrasi produk.

"Secara perlahan orang ramai makin gemar menggosok pakaian dan kami mula mendapat keyakinan untuk membawa lebih banyak jenama peralatan rumah dengan teknologi terbaik ke dalam pasaran Malaysia," katanya.

Sehingga kini, Visionary Solutions mempunyai 15 jenama peralatan rumah merangkumi penapis air dan udara, vakum robot, seterika, mesin kopi dan banyak lagi sejak ditubuhkan pada 2004.

Antara jenama terkenal yang diedarkan syarikat berkenaan adalah KitchenAid, Blueair, Dyson, Bluewater, Laurastar, Hizero, iRobot, Nescafe Dolce Gusto dan banyak lagi.

Pei Yan berkata, Visionary Solutions menawarkan produk daripada tahap permulaan bagi membolehkan pengguna daripada pelbagai peringkat pendapatan mampu memiliki produk berkualiti dan berteknologi tinggi.

"Kami mempunyai produk pada julat harga bermula RM600 bagi menawarkan pelanggan baharu penyelesaian berpatutan dalam menjalankan tugasan harian," katanya.

Pei Yan berkata, Visionary Solutions memberi jaminan akan terus berada di pasaran bagi menawarkan produk dan servis menarik, berguna serta efektif untuk pengguna.

"Dalam masa lima tahun, populasi di Malaysia pastinya akan bertambah justeru kami akan terus berkembang dan menambah penawaran jenama sebanyak yang boleh supaya rakyat Malaysia dapat menggunakan produk berteknologi tinggi dalam menyelesaikan tugasan rumah harian," katanya.

Layari laman web Visionary Solutions untuk mendapatkan peralatan rumah berkualiti hari ini.

Berita Harian X