Rabu, 22 November 2023 | 7:54pm
Bank Negara Malaysia (BNM) -NSTP/Aswadi Alias
Bank Negara Malaysia (BNM) -NSTP/Aswadi Alias

Rizab antarabangsa BNM cecah AS$110.5 bilion

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$110.5 bilion pada 15 November 2023.

Menurut bank pusat itu, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$98.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion), dan aset-aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

Sementara itu, jumlah aset adalah sebanyak RM626.44 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM518.85 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.04 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM66.40 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM174.18 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.17 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM175.39 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12.03 bilion), deposit-deposit lain (RM38.15 bilion), kertas Bank Negara (RM32.29 bilion), peruntukan SDR (RM29.85 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.27 bilion).

-BERNAMA

Berita Harian X