Rabu, 22 November 2023 | 10:11am
Gambar fail. Ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara. - NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI.
Gambar fail. Ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara. - NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI.

SC tambah empat entiti ke dalam Senarai Amaran Pelabur

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemaskini Senarai Amaran Pelaburnya dengan menambah empat entiti dalam senarai berkenaan.

Dalam satu amaran, pengawal selia pasaran modal itu memasukkan Team Sahabat Invest; Sahabat Johor Malaysia; Global Sahabat Invest dan Bussines Astro dalam senarai berkenaan.

Senarai Amaran Pelabur mengandungi senarai laman web, produk pelaburan, syarikat, dan individu yang tidak berlesen, termasuk membuat urus niaga dalam sekuriti; membuat urus niaga dalam derivatif; pengurusan dana; memberi nasihat dalam kewangan korporat; nasihat pelaburan; perancangan kewangan, dan membuat urus niaga dalam skim persaraan peribadi

Turut disenaraikan adalah orang yang mengendalikan pasaran yang diiktiraf tanpa kebenaran; orang yang mengeluarkan atau menawarkan sekuriti tanpa kelulusan, kebenaran, atau pengiktirafan; orang yang menyalahgunakan logo SC dan menyelewengkan maklumat tentang SC.

Berita Harian X