WASHINGTON/FRANKFURT/LONDON: Bank pusat global meletakkan asas secara serentak untuk berhenti seketika daripada menaikkan kadar faedah selepas dilihat melaksanakan kenaikan yang agresif tahun lalu di tengah-tengah lonjakan inflasi.
Walaupun belum menjanjikan sebarang jaminan sehingga akhir tahun ini, peralihan langkah dengan cara berbeza bank pusat utama menerusi kenyataan dasarnya berkemungkinan menaikkan kadar faedah dengan tahap yang berbeza.
Perbezaan itu dijangka bergantung kepada peperangan, perdagangan, sumber tenaga dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi pergerakan harga dalam pelbagai peringkat.
Semua bank pusat berkata, ia tetap komited untuk mengekalkan dasar kredit ketat yang diperlukan untuk mengembalikan inflasi ke paras sasaran 2.0 peratus daripada tahap semasa yang masih jauh daripada angka itu.
Bank pusat Amerika Syarikat (AS) dan Eropah masing-masing dilaporkan berkata, kenyataannya menyebabkan pelabur mengurangkan unjuran puncak atau kadar 'terminal' dengan mengambil jangkaan kitaran pengetatan semasa.
Ia mungkin terlalu awal, berdasarkan amaran yang dibuat oleh Kaunselor Kewangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Tobias Adrian dalam catatan blognya.
Dengan keadaan kewangan lebih longgar walaupun peningkatan kadar dasar monetari, bank pusat mesti ... tegas dalam perjuangan mereka terhadap inflasi dan memastikan dasar tetap sesuai dengan cukup lama untuk membawa inflasi kembali ke sasaran, kata Adrian dan kenyataan pelbagai pihak yang lain.
Pegawai Bank of England (BoE) menjanjikan peningkatan kadar 'kukuh', jika diperlukan, berikutan kenaikan separuh mata terbaharu dengan Gabenor bank pusat itu, Andrew Bailey menyatakan bahawa BoE telah 'melihat tanda-tanda pertama bahawa inflasi sudah bertukar sudut'.
Rabu lalu, Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell merujuk berulang kali kepada proses 'inflasi mulai reda' yang berlaku dalam ekonomi AS dan membenarkan Fed menaikkan kadar dengan hanya 25 mata peratusan pada mesyuarat terbaharunya, kenaikan terkecil sejak ia mula meningkatkan sasaran Kadar Dana Persekutuan pada Mac.
BoE pula dilihat masih jauh dari paras berkenaan.
"Majlis Pimpinan akan kekal pada paras ini," kata Presiden BoE, Christine Lagarde selepas ECB menaikkan kadar dasarnya sebanyak 50 mata peratusan, selain menyatakan bank pusat itu akan melaksanakan kenaikan separuh mata lagi pada mesyuarat seterusnya Mac ini.
"Bagaimana dengan selepas Mac? Adakah itu bermakna anda sudah mencapai puncak? Tidak. Kami tahu kami mempunyai alasan untuk melaksanakannya," kata Lagarde.
-Reuters