Selasa, 26 Julai 2022 | 4:14pm
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana Selangor, Datuk Teng Chang Khim (tengah) menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14, hari ini - Foto BERNAMA
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana Selangor, Datuk Teng Chang Khim (tengah) menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14, hari ini - Foto BERNAMA

5 syarikat di Selangor berpotensi jadi unicorn

KUALA LUMPUR: Lima syarikat pemula di Selangor dikenalpasti berpotensi menjadi sebuah unicorn, atau syarikat persendirian yang mempunyai nilai lebih AS$1 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata syarikat 'soonicorn' yang berpotensi untuk menjadi unicorn dan bernilai AS$100 juta adalah Aerodyne, Dropee, Fave, TheLorry dan Naluri Hidup.

"Mencari lebih banyak syarikat berpotensi dalam hasrat untuk memupuk syarikat unicorn di negeri ini adalah penting kerana ia akan menyumbang kepada inovasi, penciptaan pekerjaan dan seterusnya penciptaan kekayaan" katanya ketika menjawab soalan Edry Faizal Eddy Yusof (PH-Dusun Tua) yang bertanya mengenai jumlah syarikat di Selangor yang berpotensi menjadi 'unicorn' di masa akan datang.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tahun lalu menyasarkan lima syarikat unicorn di negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Chang Kim berkata, platform e-dagang kereta bersepadu, Carsome yang muncul sebagai syarikat unicorn pertama di negara ini pada tahun lalu dengan nilai melebihi AS$1 bilion, telah bertapak di Selangor dan beroperasi sejak 2015.

Beliau berkata, oleh kerana populasi dan saiz pasaran Malaysia tidak seluas negara Asia Tenggara yang lain, usahawan tempatan perlu meluaskan pasaran mereka ke serantau untuk mencapai status unicorn.

Berita Harian X