Khamis, 30 Jun 2022 | 12:39pm
BNM baru-baru ini mengumumkan pemberian lima lesen perbankan digital - Foto hiasan
BNM baru-baru ini mengumumkan pemberian lima lesen perbankan digital - Foto hiasan

Majoriti PKS tempatan minat guna bank digital

KUALA LUMPUR: Hampir tujuh daripada 10 perusahaan kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia menyatakan minat untuk menggunakan perkhidmatan bank digital, demikian menurut Kajian Perbankan Digital PKS Visa.

Perkembangan itu tepat pada masanya memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini mengumumkan pemberian lima lesen perbankan digital.

Perbankan digital dapat menangani cabaran utama yang dihadapi oleh hampir

sembilan daripada 10 PKS Malaysia, termasuk masalah mendapatkan pembiayaan dan pinjaman disebabkan prosedur permohonan rumit (37 peratus), kadar faedah yang tinggi (3 peratus) dan kelulusan pinjaman (29 peratus).

Pengurus Negara Visa bagi Malaysia, Ng Kong Boon, berkata Kajian Perbankan Digital PKS mendapati wujud keperluan bagi bank-bank sedia ada dan peserta baharu untuk memenuhi keperluan serta menangani cabaran yang dihadapi oleh PKS di Malaysia, terutama bagi segmen yang kurang mendapat perkhidmatan.

Beliau berkata, dalam kalangan semua jenis PKS, perusahaan mikro mempunyai kesedaran paling rendah terhadap bank digital (67 peratus), walaupun mereka akan mendapat manfaat paling besar daripada penyelesaian pembiayaan yang ditawarkan, memandangkan hampir separuh daripada

mereka (46 peratus) tidak layak untuk pinjaman bank biasa.

"Kami percaya bahawa bank-bank digital baharu dan bank-bank sedia ada akan mengubah pengalaman pembayaran dan perbankan bagi kedua-dua pengguna dan perniagaan, mencipta penyelesaian berkaitan yang boleh memenuhi keperluan PKS.

"PKS ialah satu segmen penting bagi Visa dan kami ingin bekerjasama dengan rakan-rakan perbankan dan juga peserta perbankan digital baharu untuk memberikan sokongan dalam usaha mereka mengembangkan perniagaan serta menangani ekosistem global baharu," katanya dalam satu kenyataan.

Berasaskan kajian itu, PKS menyatakan bahawa sebab utama mereka mahu menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank digital termasuk tahap interaksi fizikal lebih rendah apabila menjalankan aktiviti perbankan disebabkan kebimbangan terhadap COVID-19 (44 peratus) dan perbankan digital dianggap sebagai cara yang lebih pantas dan mudah untuk menjalankan urusan perbankan (35 peratus).

Hasil penemuan kajian mendapati bahawa PKS cenderung memilih ciri-ciri pinjaman kewangan seperti pinjaman mikro (33 peratus), pendahuluan tunai tiga hingga enam bulan (26 peratus, dan penyelesaian 'Beli Sekarang Bayar

Kemudian' (16 peratus).

Di samping itu, lapan daripada 10 PKS dimiliki usahawan Islam yang menggunakan Bank Islam sebagai bank utama mereka menunjukkan lebih minat untuk menggunakan perkhidmatan perbankan digital berbanding PKS bukan Islam (55 peratus).

Menurut mereka, keyakinan terhadap keupayaan proses berautomasi dan interaksi digital untuk menyediakan pengalaman perbankan lebih baik adalah antara sebab mereka berminat menggunakan perkhidmatan ini.

Dalam kajian itu, PKS berkenaan menyatakan bahawa keperluan menyemak

pematuhan Syariah telah melengahkan pindahan baki dan proses berautomasi yang ditawarkan oleh bank digital mengurangkan masa yang diperlukan untuk

melaksanakan pindahan berkenaan.

Berita Harian X