Sabtu, 7 Mei 2022 | 4:01pm
Profil Elon Musk di Twitter. - Ilustrasi REUTERS
Profil Elon Musk di Twitter. - Ilustrasi REUTERS

Musk sasar ganda pendapatan Twitter

NEW YORK: Jutawan paling kaya di dunia, Elon Musk menyasar untuk meningkatkan pendapatan tahunan Twitter kepada AS$26.4 bilion (RM115.4 bilion) menjelang 2028.

Anggaran itu berdasarkan pembentangan oleh Musk kepada pelabur.

Di bawah Musk, pengiklanan akan jatuh kepada 45 peratus daripada keseluruhan pendapatan, turun kira-kira 90 peratus pada 2020, menjana pendapatan AS$12 bilion (RM52.44 bilion) pada 2028, manakala langganan dijangka menarik lagi AS$10 bilion (RM43.7 bilion).

Ketua pembuat kenderaan elektrik, Tesla Inc itu, turut menyasar untuk meningkatkan aliran tunai kepada AS$3.2 bilion (RM13.98 bilion) pada 2025 dan AS$9.4 bilion (RM41.08 bilion) pada 2028.

Musk mencapai perjanjian bulan lalu untuk membeli Twitter dengan AS$44 bilion (RM192.28 bilion) tunai, dalam langkah untuk mengalihkan kawalan sosial media yang dilanggan oleh jutaan pengguna.

Beliau berjanji menghidupkan semula syarikat itu dan mengembangkan jumlah pengguna dengan membanteras bots spam dan mengurangkan jumlah kawalan bagi memudahkan lebih banyak hak bersuara. - REUTERS

Elon Musk. - Foto REUTERS
Elon Musk. - Foto REUTERS

Berita Harian X