Jumaat, 29 April 2022 | 3:20pm

Lima konsortium diberi lesen bank digital - BNM

KUALA LUMPUR: Lima konsortium yang dibentuk syarikat berkaitan kewangan diumumkan sebagai penerima lesen bank digital di Malaysia, selepas senarai berkenaan diluluskan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan, berkata tiga daripada penerima iaitu konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Bhd; konsortium yang diterajui oleh GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd; dan konsortium yang diterajui Sea Limited dan YTL Digital Capital akna dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK).

Bagi dua lagi penerima, bank pusat berkata, ia adalah konsortium AEON Financial Service Co Ltd, AEON Credit Service (M) Bhd dan MoneyLion Inc; serta konsortium yang diterajui oleh KAF Investment Bank Sdn Bhd yang akan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI).

"Tiga daripada lima konsortium ini dimiliki secara majoriti oleh warga Malaysia iaitu Boost Holdings dan RHB Bank, Sea Limited dan YTL Digital Capital dan KAF Investment," katanya.

BNM berkata, semua 29 permohonan yang diterima telah dinilai secara menyeluruh mengikut seksyen 10 (1) APK dan APKI1 yang menghendaki bank pusat mengambil kira semua faktor dalam Jadual 5 Akta-akta berkenaan dan keperluan dasar lain yang berkaitan.

"Kriteria penilaian merangkumi kewibawaan dan integriti pemohon, bentuk dan kecukupan sumber kewangan, kekukuhan dan kebolehlaksanaan pelan perniagaan dan teknologi serta keupayaan untuk menangani jurang rangkuman kewangan secara berkesan.

"Permohonan dinilai mengikut merit pemohon serta perbandingan yang dibuat dengan permohonan lain berdasarkan penilaian yang konsisten bagi setiap kriteria penilaian.

"Semakan mendatar (horizontal review) dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang digunakan terhadap semua pemohon bagi menentukan kekukuhan relatif setiap permohonan dan mengenal pasti pemohon yang berjaya," katanya.

Sepanjang proses penilaian, BNM melaksanakan prosedur tadbir urus dan pertimbangan yang rapi bagi memastikan penilaian yang mantap, objektif dan konsisten bagi semua 29 permohonan yang diterima.

"Penilaian yang dilaksanakan melalui empat tahap yang disokong oleh satu pasukan teknikal bersilang fungsi, satu pasukan yang menyemak permohonan dan pemerhati bebas dalaman daripada jabatan risiko dan jabatan undang-undang BNM.

"Syor muktamad kepada Menteri Kewangan telah dibincangkan dan disahkan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pengurusan BNM," katanya.

Mengulas mengenainya, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata bank digital dijangka dapat meningkatkan lagi rangkuman kewangan menerusi penerapan teknologi digital secara lebih meluas untuk transaksi harian.

"Kami dapat memberikan lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian dalam kegiatan ekonomi dengan mengatasi halangan geografi, mengurangkan kos transaksi dan menggalakkan pengurusan kewangan yang lebih baik.

"Bank digital boleh membantu individu dan perniagaan mendapatkan akses yang lebih baik kepada penyelesaian yang lebih khusus berteraskan analisis data. Apabila perniagaan dilakukan secara dalam talian, perbankan digital turut menyediakan cara membuat transaksi yang lebih selamat dan mudah," katanya.

Berikutan pengumuman itu, pemohon yang berjaya akan melalui tempoh persediaan dari segi operasi yang akan disahkan oleh BNM melalui audit sebelum pemohon boleh memulakan operasi.

"Proses berkenaan mungkin mengambil masa antara 12 hingga 24 bulan," tambah BNM.

Bank pusat berkata, sejajar dengan lima teras strategik yang digariskan dalam Pelan Sektor Kewangan 2022-2026, BNM akan terus bekerjasama dengan industri kewangan dan teknologi kewangan (fintech) serta pihak berkepentingan yang berkaitan untuk terus meningkatkan akses perkhidmatan kewangan di seluruh negara dan merentas semua segmen masyarakat.

Secara umumnya, bank digital sebenarnya memiliki fungsi yang hampir sama dengan bank tradisional atau fizikal dengan menawarkan perkhidmatan seperti simpanan kewangan, pengeluaran, pemindahan, bahagian deposit, dan aliran data transaksi.

Perbezaannya dengan bank tradisional adalah penerapan teknologi seperti sistem kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan pelbagai API akan dilaksanakan bagi setiap penawaran perkhidmatan kewangan yang dijalankan pada bank digital berkenaan.

Antara perkara yang menguntungkan menerusi pelaksanaannya adalah dapat membantu kumpulan yang sering ketinggalan dan tidak mendapat kemudahan pinjaman dan perniagaan berskala kecil, sekali gus merancakkan ekonomi.

Berita Harian X